OOO

Selasa, November 24, 2015

Resepi Ikan Salmon Bakar Lemon Dan Dill

Assalammualaikum semua

Tentu ramai yang tak tau cam mana daun dhill kan, kalau nak beli boleh beli di Tesco dan Jaya. Sejenis herba yang sesuai di masak bersama ikan.


Ni gambar masa perap, masa dah siap lupa nak snap.  Kalau nak buat tak semestinya ikut resepi, akak cuma agak agak saja.

Bahan-bahan
  • 3 keping salmon
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 5 sudu besar lemon jus
  • 1 sudu besar dhill-hiris halus
  • 4 biji bawang putih-tumbuk halus
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • tomato ceri-belah 2

Cara-caranya
  1. Campurkan semua bahan dan lumur pada ikan.
  2. Perap dalam masa 20 atau 30 minit.
  3. Bakar dalam suhu  175C di atas aluminum foil yang telah di gris dengan minyak olive oil atau minyak masa.
  4. Bakar 20 hingga 25 minit atau sehingga ikan warna keperangan. Bila ikan hampir masak bolehlah di masukkan tomato ceri.
  5. Boleh di hidangkan.

4 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers