OOO

Ad

Selasa, Disember 22, 2015

World Trade Center Souk Abu Dhabi

Assalammualaikum

Bila suami ajak gi ke Old Souk  yang pernah beliau pergi pada 15 tahun yang lepas semasa bekerja selama 2 bulan kat sini.

Bila sampai suami terpinga pinga bila tenguk suasana souk dah berubah 100 peratus.  Biasalahkan setiap tahun kat Kuala Lumpur ada perubahan.

Rupanya Old Souk terbakar pada tahun 2003 dan telah  di bangunkan semula dan bukan semua peniaga lama berniaga di sini lagi.
Rasa tak best bila tenguk suasana dah macam kat dalam mall dan harga pun memanglah mahal tapi kalau pandai tawar menawar di setengah tempat, bolehlah dapat diskaun sikit.
Akak beli lah satu dua sebab nak buat kenangan, setiap fm dan key chain mahal bebeno rasanya, belasan dirham harganya.
Singgah makan kat Restoren Tarbouche yang menyajikan makanan Lebanese..makanan kat sini sedap walaupun harganya mahal sikit, tapi hati hati yer bila dia letak botol air besar, kalau minum dia charge 12 dirham..geram tul kami..terkena gak aaa
Jalan jalan ternampak kedai rempah kepunyaan orang Iran, akak belilah sikit sikit 
Safron gred A 
terkenal bunga ros kering ni, boleh buat macam macam rupanya, rasa rugi lah pulak tak beli


Beli gak black lemon konon kononnya 
nak buatlah nasi arab
Seberang jalan dari Souk ialah  World Trade Centre Mall kami masuk jalan jalan ajer, tak beli apa apa pun.

Rasa kurang seronok gi kat souk yang telah menjadi tempat cam mall, akak lebih suka yang tradisional yang harganya tak semahal kat sini.

4 ulasan:

  1. Safron boleh bawa balik tuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu dah mesti..rugi kalau tak bawa balik

      Padam
  2. I've been there and work there , first time when I'm there I was "They said there's a lot different souq here" I though places , what they mean was a merchant . Haha . Do you go to Pigeon tower that looks like an Egg ? Looks creepy but still it's unique . hehe . NIce post . Thumbs up :)

    - Syamsid Blog -
    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah baguslah kamu kerja kat sana. Memang berbeza dengan souk tradisional

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers