OOO

Khamis, Disember 17, 2015

Tauhu Telur Dengan Sayur Campur

Assalammualaikum semua

Suka sangat buat sayur campur tahu telur sekarang ni.

Sayur ikut suka hati lah nak letak apa yer

Bahan-bahan

  1. 2 tiub tauhu telur-potong bulat
  2. Brokoli
  3. Putik Jagung
  4. Kacang buncis
  5. Lobak Merah
  6. Cendawan
  7. Cili Merah-hiris serong

Semua sayur di potong ikut saiz yang tukang masak suka

Untuk Sos

  • Bawang putih 4 biji-tumbuk
  • Udang kecil
  • Kicap Manis
  • Kicap Masin
  • Kicap Cair
  • Sos Tiram
  • Sedikit garam
  • Air dan minyak masak

1 sudu kecil tepung jagung

Cara-caranya
1, Goreng taufu sehingga keperangan dan angkat.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan pula udang.
3.  Masukkan sedikit dan juga semua sos dan juga sedikit garam..agak agak yer
4. Setelah mendidih masukkan tauhu telur dan juga tuangkan bancuhan tepung jagung. 
5.  Kacau sebati dan bolehlah di hidangkan.

7 ulasan:

  1. Dapat makan dengan nasi putih pun sudah berbaloi. :)

    BalasPadam
  2. Sedap ni makan dgn nasi putih. Anak2 pun suka

    BalasPadam
  3. sebelum ni tak berapa minat taufu, tapi bila tengok camni rasa nak cuba pula :)

    BalasPadam
  4. memang best layan resepi yang simple2 camni..harusss bertambah nasi!

    BalasPadam
  5. suka ambil ni bila jumpa, nak masak sendiri entah bila

    BalasPadam
  6. dap nya.... mesti makan dengan nasi panas-panas..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...