OOO

Selasa, Januari 26, 2016

Bur Dubai/Old Dubai/Dubai Creek

Assalammualaikum

Dari Dubai Museum kami teruskan perjalanan ke Dubai Old Souk/Bur Dubai ..jalan kaki ajer sebab tak jauh. 

Nasib baik masa tu cuaca menyebelahi kami sebab tak berapa panas, jadi tak berpeluhlah ketiak.
Akhirnya kami sampai kat Bur Dubai's Textile Souk. Seronok pula bila sampai kat sin sebab banyak jual textiles, tapi kami tak belilah tenguk ajer dari luar.
berkenan tenguk ukiran kayu ni di Bur Dubai's Textile Souk, oleh sebab masih pagi, tak banyak orang kat sini.
kredit : google
Terlupa nak ambil gambar kat sini, kat penghujung banyak jual barangan cenderahati, biasalah tempat tumpuan pelancung, mereka mesti letak harga giler giler. 

Tapi kenalah tawar menawar, kami cuma beli key chain ajer sebab yang lain cam pashmina dan sarung kusyen dan pakaian kebanyakkan ada jual kat Jalan Tar, yang lain bagi kami agak mahal dan lagi satu dah mula rasa penat.
Akhirnya kami sampai kat sini, wah seronok tenguk abra yang membawa penumpang ke seberang cam akak naik sampan kat kucing dulu.
Agak lama kami berehat kat sini, sambil menghilang penat sambil memerhati gelagat pelancung  kat sini. Tak takut kat sini sebab ada polis pelancung yang menjaga.
Setelah hilang penat kami pergi ke kedai yang berada di sepanjang jalan, tenguk rempah dan apa yang di jual di sini.  Rempah ratus masakan memang fresh.
Dah pernah jumpa gula gula berwarna warni ni masa gi umrah, anak anak kurang minat akak tak beli pun
Tiba saatnya kami menaiki Abra khusus untuk mengangkut penumpang dari 
ke seberang iaitu dari Deira ke Bur Dubai atau sebaliknya.  Bayaran yang di kenakan tak mahal pun cuma 1 dirham satu hala.  Tambang akan di di kutip semasa dalam pelayaran
Walaupun panas terik, tak terasa bila menikmati pemandangan sepanjang perjalanan di Dubai Creek ni.
Jalan yang kami lalui sebelum menaiki abra ni
Pengalaman yang akan di kenang walaupun cuma 10 minit, kalau sebelah malam banyak juga orang dinner atas bot dan harganya bergantung kepada jenis bot yang kita pilih.
Akhirnya sampai  ke seberang di Diera kat area Gold Souk dan Spice Dubai, oleh sebab cuaca panas kami ambil keputusan pulang semula ke hotel dengan menaiki teksi.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers