OOO

Khamis, Februari 11, 2016

Resepi Ikan Salmon Bakar Bersama Honey Mustard Sauce


Assalammualaikum semua

Nak masak susah susah malaslah pulak, hari ni masak ikan salmon yang dah jadi kesukaan akak lah pulak.

Resepi asal kat SINI, nak masak salmon ni tak boleh lama sangat, nanti isi kering dan kurang umphh. Sauce ni akak rasa sedap gaklah terutama bila di makan bersama tomato ceri tu.

Bahan-bahan
3 keping salmon-potong dua buang tulang
1/2 cawan mayonis
1/4 Dijon cawan mustard
1/4 cawan madu
2 sudu makan parsley kering (asal guna daun bawang)
Sedikit garam dan serbuk lada hitam (asal guna lada putih)
Sedikit minyak zaitun
Tomato ceri secukupnya 


Cara membuatnya

  1. Panaskan oven sehingga 180 C. Letakkan baking sheet atas non stick pan atau silicone liner.
  2. Campurkan mayonis, mustard, madu dan parsley dalam bekas.  Bahagikan sos kepada dua bahagian.
  3. Ambil potongan salmon yang telah di bersihkan dan lumurkan ke semua bahagian dan susun atas pan dan buat sehingga habis.
  4. Taburkan garam, serbuk lada hitam dan minyak zaitun di semua kepingan ikan tadi. Letakkan juga tomato ceri.
  5. Bakar ikan selama 7 minit sahaja dan tutup api.  Biarkan ikan dalam oven dalam 4 atau 5 minit ikut ketebalan kepingan ikan.  Jangan biarkan ikan kering atau overcooking.
  6. Bolehlah di hidangkan bersama baki sos tadi.


3 ulasan:

  1. Sedapnya ikan salmon. Tq kak resepinya, boleh try ni.

    BalasPadam
  2. Sudah lama tidak makan ikan Salmon nih.

    BalasPadam
  3. Tengok je dah sedap ni hehe, ada resepi ni boleh try masak dirumah...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers