OOO

Selasa, April 19, 2016

Ayam Goreng Berempah Beriani

Assalammualaikum semua

Dah makan ker belum?

Kat rumah akak sekarang ni tinggal seorang anak ajer, anak bongsu penghibur hati, nasib baik gak ada anak masih bersekolah  menengah, busyy gak lah hantar ke sekolah.  Kalau tak ada, mau mati kutu kami berdua sebab anak anak dah tak tinggal bersama lagi.

Sedih kan, dulu masa kecil riuh rendah dan penat ke dapur, sekarang ni buat apa pun tak habis sampai suami akak kata kalau nak makan kek atau apa apa gi beli ajer.  

Imran ni pulak suka ayam dan daging, udang dan sotong kurang, ikan pula  memilih...nak senang selalunya akak buat perapan ayam camni masuk dalam peti atau bekukan.  Bila balik sekolah baru goreng ayam ni, resepi ni akak olah dari blog SINI

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak  keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

6 ulasan:

  1. Sedapnya Kak Ina..
    Saya pun masak ayam goreng juga entri hari ni kak ina :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesukaan anak anak tu sebab buat selalu kan yati

      Padam
  2. Selalu goreng garam gan kunyit je..lepas ni nak cuba buat cam ni pulak. Tq Kak Ina..:D

    BalasPadam
  3. Meleleh air liur. Ada pulak berempah. :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...