OOO

Memaparkan catatan dengan label ayam goreng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam goreng. Papar semua catatan

Isnin, Mac 05, 2018

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum semua

Isi ayam selain dari masak kungpao chicken, ayam lada hitam dan buttermilk chicken buat ayam goreng kunyit pun sodap.


Bahan-bahan
2 bahagian dada-potong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit serbuk lada sulah
2 biji hirisan bawang kecil
2 biji hirisan bawang putih
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
Gaul dan perap dalam 5 minit, kemudian goreng sehingga garing kemudian toskan.



Untuk sayur
4 batang kacang panjang, potong 2 inci
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih-hiris
1 batang cili merah/cili hijau-potong serong
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam

Cara-caranya
1.  Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
2.  Masukkan sayur, sos tiram , garam, cili  merah dan kacang panjang kacau sebati.
3.  Masukkan ayam yang telah di goreng kemudian tutup api dan bolehlah di hidangkan.

Selasa, April 19, 2016

Ayam Goreng Berempah Beriani

Assalammualaikum semua

Dah makan ker belum?

Kat rumah akak sekarang ni tinggal seorang anak ajer, anak bongsu penghibur hati, nasib baik gak ada anak masih bersekolah  menengah, busyy gak lah hantar ke sekolah.  Kalau tak ada, mau mati kutu kami berdua sebab anak anak dah tak tinggal bersama lagi.

Sedih kan, dulu masa kecil riuh rendah dan penat ke dapur, sekarang ni buat apa pun tak habis sampai suami akak kata kalau nak makan kek atau apa apa gi beli ajer.  

Imran ni pulak suka ayam dan daging, udang dan sotong kurang, ikan pula  memilih...nak senang selalunya akak buat perapan ayam camni masuk dalam peti atau bekukan.  Bila balik sekolah baru goreng ayam ni, resepi ni akak olah dari blog SINI

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak  keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Rabu, Mac 13, 2013

Resepi Ayam Goreng Ala KFC



Mak ..buatlah ayam yang ada tepung tu...

Anak kecik akak mintalah pulak...cari-cari punya kat google tertarik nak cuba resepi yang ni.  Ayam goreng ala kfc akak buat sama dengan kentang putar..malam tu tak makan nasilah kami..makan yang ni ajer.

Kira oklah gak rasanya..dah semestinya tak 100% cam KFC sebab ada resepi rahsia kann....akak ambil resepi ini  dari blog Zaliedana


Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk 
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulu
3 ulas bawang putih ditumbuk 
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa


Bahan Tambahan
1-2 biji telur - pukul sedikit

Minyak secukupnya

Cara-cara
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam. Lagi lama lagi bagus.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng secara deep fry dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...