OOO

Rabu, Jun 29, 2016

Mee calong/Mi calong

Assalammualaikum dan salam ramadhan


Tiba tiba teringin nak makan mee calong buat sendiri, pernah makan kat kedai tapi kurang sedap kat tekak akak. Biasalah tekak orang tua kannnn. Sepatutnya dalam resepi ada tauhu berisi isi ikan, tapi akak tak buat.

Bahan-bahan bebola ikan
Sedikit  serbuk lada hitam
1 cawan isi ikan tenggiri/ikan selayang
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit garam

Stok ikan

Tulang ikan di rebus dengan air...agak agaklah
Pastu buang tulang ataupun tapis

Untuk sup

  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
  • Minyak masak
  • 1 sup punjut
  • Mee kuning (celur & toskan)
  • Daun sup dan daun bawang- untuk hiasan (dihiris) 
  • 3 mangkuk air-agak agak yer
  • bawang goreng
  • tauhu (dipotong 2 bentuk segitiga)-tak buat sebab tak ada stok tauhu
  • Sambal kicap-pilihan
Cara nak buat mi calong 
  • Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. 
  • Letak isi ikan tadi dalam tauhu yang dah dipotong dua tadi. Baki bebola boleh letak dalam stok ikan.
  • Panaskan stok ikan dan masukkan bebola ikan.  Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  • Masukkan stok ikan, sup bunjut, air dan biarkan mendidih. 
  • Masukkan tauhu, garam serta  bebola tadi. Biar mendidih
  • Masukkan garam dan masakkan hingga mendidih.
  • Apabila mendidih, tuangkan sup ke atas mee yang telah diletak di dalam mangkuk sesuai.
  • Taburkan daun sup/bawang serta bawang goreng.
  • Jika suka leak sambal kicap.

Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2.  2 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi

Cara-caranya
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat.
2. Masukkan kicap dan perahkan limau
3. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers