OOO

Rabu, September 21, 2016

Bermalam Di Mutiara Alai Melaka

Assalammualaikum semua

Pada awal bulan lepas, kami adik beradik cadang berkumpul di Melaka sebab hari Ahad ada jemputan kat rumah makcik di Alor Gajah.

Kami ambil homestay kat Alai sebab dekat nak gi ke Umbai dan Bandar Hilir. Walaupun homestay ni kat dalam kampung, nak cari senang gaklah.

Paling senang cari ajer sekolah dan Coconut Shake Alai dan sebelah tu lorong masuk ke homestay.

Balik dari makan tengahari dari satu tempat makan yang kurang umphh, kami singgah gak beli coconut shake yang dah siap masuk dalam fridge, taklah beratur panjang.
 Kami ambil 6 bilik sekali gus
Salah satu sebab ambik sebab ada kolam, walau tak sebesar kat resort janji boleh berendam, kalau tak ada kolam, alamat masing masing lepak dalam bilik sambil main hp.
bukan aiman ajer yang seronok, anak buah yang besar pun seronok gak
Sempat buat majlis harijadi cucu yang lahir pada bulan yang sama, beli kek dan makanan kat Merlimau jer.

Kalau nak duk sini bolehlah ke http://mutiaraalaihomestay.blogspot.my/

2 ulasan:

  1. Mutiara alai melaka best sangat (y) Acara ultah ya kakak?

    BalasPadam
  2. Seronok ni kalu ada swimming pool biase anak2 aim nak jalan2 kat sini je.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers