OOO

Selasa, September 20, 2016

Ayam Goreng Berempah Sedap

Assalammualaikum semua

Setiap minggu ada ajer agenda, hingga tak ada masa nak update blog.  Dah balik jalan rasa penatlah pulak, nak duk depan pc pun lemau.




Sumber Asal : Fp Chef Joha 
Bahan-bahannya 
1kg Ayam Segar (di potong - ikut citarasa) 
1.5 inch halia - ditumbuk 
1.5 inch lengkuas - ditumbuk 1.5 inch kunyit hidup - ditumbuk 
2 sudu besar biji ketumbar - disanggar & ditumbuk halus 
1 sudu teh jintan halus - disanggar & ditumbuk halus 
1 sudu besar cili kisar (tanpa cuka / cili serbuk) 
3 ulas bawang putih 
2 sudu besar gula halus 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menggoreng 
1 1/2 sudu besar serbuk kari 
3 batang serai - potong pendek tumbuk lumat  
5 ulas bawang merah - tumbuk - 
sedikit daun kari - masukkan semasa menggoreng 

Cara-caranya 
Potongan ayam di bersihkan dan di buburkan sedikit garam, gaulkan dan di tepikan. 
Semua bahan-bahan rempah biji bijian(disanggar) dan ditumbuk halus, bawang putih, halia,kunyit, lengkuas di tumbuk jangan terlalu halus.
Gaulkan kepada ayam rata-rata bersama gula halus, serbuk rempah yang di tumbuk serta serbuk kari.
Di peram di peti sejuk selama sekurangnya 1 jam atau lagi lama lagi baik. 
Panaskan minyak dikuali untuk mengoreng. 
Bila sudah panas tarukkan ayam di dalam kuali dan masukkan daun kari.
Jangan terlalu banyak bila di goreng, supaya ia mudah garing. Sajikan panas2. 

3 ulasan:

  1. sedapnya ayam berempah.
    puas dah makan daging masa raya haji ni.

    BalasPadam
  2. Salam kak Ina..nampak sedap ayam goren g kak ina tu.Rmh atie ni dah sebln lbh ayam tak 'naik'...teringin plk nk buat..tgk ayam akak ni :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...