OOO

Rabu, Oktober 26, 2016

Bawang Goreng Ranggup Dan Sedap

Assalammualaikum semua

Oleh kerana akak ni agak cerewet dengan mutu bawang goreng yang di jual di kedai, kenalah merajinkan diri membuatnya sendiri.  Selalunya akak guna bawang ros sebab bawang kecil dari siam tu naik berdentum harganya.  

Dulu dulu kalau buat bawang goreng akak selalu buh tepung jagung/tepung beras dan sedikit garam.

Kali ni akak ikut cara member facebook yang lagi mudah nak bagi ranggup.


  • Basuh bawang lepas kopek, pastu hiris dan masukkan dalam bekas berisi air yang telah di masukkan sedikit garam.


  • Lepas 10 minit bolehlah di toskan dan goreng .  Api jangan kuat sangat tau, nanti hangus.  Jangan sekali sekali tinggalkan gi main hp yer
  • Sekali sekali kacaulah, bila dah kekuningan bolehlah tutup api, terus  angkat dan di toskan.
  • Biarkan sejuk baru di masukkan ke dalam bekas kedap udara tak kiralah tipuware ataupun tupperware.
Akak ada satu tabiat, suka makan bawang goreng ni. Sedap aaa

4 ulasan:

  1. Sama laaa tabiat kita kak, suka makan bawang goreng . Sampai mama Sha malas nak buat dah, anak dia yang ni tukang habiskan.

    BalasPadam
  2. saya suka makan bila letak kat dalam mee kari atau soto jer.

    BalasPadam
  3. Terbaik. Biasanya saya goreng mcm tu je x letak apa2. Teksturnya jadi lembik . Terima kasih atas perkongsian.. Baru tahu nak jadi rangup macam mana.hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers