OOO

Isnin, Oktober 24, 2016

Bendi Goreng Bercili

Assalammualaikum 

Paling senang dan mudah nak buat, suami pun suka gak sayur bendi goreng macam ni.  Kalau nak sedap tumbuk aaa, blender tak best.


Bahan-bahan:
10-14 batang bendi-cuci dulu baru dipotong serong
3 biji bawang merah
2 batang cili merah
4 ulas bawang putih
Ikan bilis
Garam dan minyak
Cara-cara:
Tumbuk ikan bilis dan cili merah baru masuk bawang merah dan bawang putih tak payah tumbuk lumat tau.
Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
Masukkan garam dan bendi, gaul sebati bolehlah tutup api.
Tak payah goreng lama sangat nanti benyek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...