OOO

Ad

Jumaat, November 04, 2016

Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

Assalammualaikum

Kalau masak lemak cili api, akak lebih suka gunakan ayam kampung yang telah di salai, nasib baiklah kat tempat akak tinggal sekarang ada port jual ikan, daging dan ayam salai, tak payah gi Kuala Pilah lagi dah.

Macam biasa bagi orang Nogori memang masak cara ni tak payah guna bawang pun, ada yang tumis dulu bahan tumbuk, cam den, den lebor ajer masukan semua bahan tumbuk.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung salai- potong 10 bahagian
1cawan santan pekat
3 cawan santan cair
3-4 batang serai - diketuk
sehelai daun kunyit-siat pastu ikat
garam secukupnya
daun selasih-pilihan

daun selasih dari kebun mini tepi rumah
Bahan tumbuk
20 biji cili api kampung
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
sedikit garam dan serbuk kunyit

Cara
1.  Tumbuk bahan tumbuk hingga lumat, masukkan ke dalam periuk bersama serai dan ayam.
2. Masukkan santan cair, masak dengan menggunakan api sederhana sehingga ayam lembut.
3. Perasakan dengan garam, masukkan daun selasih. Padam api dan bolehlah di hidangkan

10 ulasan:

  1. antara lauk yg saya teringin ni. baru habis pantang :P

    BalasPadam
  2. Ikan salai memang sedap.
    Sekarang susah nak dapat.
    Nanti saya gi pilah beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan ikan tapi ayam kampunglah adam <)

      Padam
  3. assalamualaikum kak ina..amboi sodap eh lauk ni kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikummusalam haslina
      memang sedap alhamdulliah

      Padam
  4. Gambar mcm ade masalah sikit. Tidak nampak Ayam Masak Lemak Cili Api yg sedap itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tau camner boleh hilang, akak dah upload balik dah

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers