OOO

Isnin, November 07, 2016

Tom Yam Udang

Assalammualaikum semua

Encik suami tak layan sangat tomyam, akak dan anak perempuan yang minat.



Bahan-bahan 

  • 20 ekor udang
  • 1 bungkus pes adabi
  • 3-4 batang serai - dititik
  • daun limau purut di carik-carik
  • 1/2 inci lengkuas di hiris kasar/ketuk
  • air ikut keperluan
  • garam secukupnya
  • bunga kobis-dicerai kuntumnya
  • 1 batang lobak merah di potong memanjang
  • 4 putik jagung di potong serong
  • 1 biji bawang holland di belah empat
  •  daun selasih
Cara-cara

  1. Bersihkan udang dan tinggalkan ekor.
  2. Masukkan air dalam periuk....biarkan mendidih.
  3. Masukkan lengkuas yang telah dihiris bersama serai yang telah dititik.
  4. Masukkan pes adabi dan daun limau purut. Masukkan sayur lobak merah,bunga kobis, putik jagung, daun saderi dan bawang holland. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan pula udang, daun selasih, tomato dan garam.
  6. Bila mendidih tutup api..takut udang keraslah pulak...
  7. Hidangkan panas-panas dan bubuh cili padi yang telah dipatahkan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...