OOO

Jumaat, November 11, 2016

Resepi Roti Pita Berinti Daging (Burger Ayam)

Assalammualaikum semua

Kegemaran anak akak terutama Imran, kalau makan sampai dua keping.  Dulu kalau gi pasar malam pun suka beli.

Bahan-bahan  
  •  5 keping roti pita -potong 2 
  • 10 biji burger ayam Ramli
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam
  • 1/2 cawan mixed vege
  • 6 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan mayonis
  • beberapa titik maggi seasoning (optional)
  • daun salad yang telah di cuci bersih
  • sedikit minyak
  • garam secukupnya
  • serbuk cili kasar (optional)
* cili sos dan mayonis boleh letak ikut selera sendiri

 
Cara-cara
1.  Roti pita di potong dua dan panaskan sebentar dalam oven.
2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar.
3.  Bila dah layu masukkan tomato, kacau dan masukkan buger ayam tadi.
4.  Kacau dan hancur-hancurkan dan masukkan pulak lada sulah, sedikit garam (jika perlu) dan lada hitam.
5.  Bila burger dah masak masukkan mixed vege kacau rata dan terus padam api.  Sejukkan.
6.  Campurkan sos cili dan mayonis dan kacau rata.
7.  Masukkan daun salad dan inti daging ke  dalam roti pita dan bolehlah di hidangkan.

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian =)

    https://at-tarmizi.blogspot.my/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers