OOO

Khamis, November 10, 2016

Kedai Rempah Shahulhameed Kepala Batas Pulau Pinang

Assalammualaikum semua

Pertama kali ke Kepala Batas ni masa tengah mengandungkan Imran, kena pergi kursus sebulan di Pulau Pinang.  Sebelum habis kursus, adalah kawan yang berasal dari sini gi beli rempah ratus nak bawa balik ke Kuala Lumpur.
Akak pun terjebak beli sekali, tapi lupalah pula kedai yang mana satu. 

Masa ikut Yana gi jemputan kawin kawan dia kat Bukit Mertajam, akak ajak suami gi sini semata mata nak beli rempah.  Nasib baiklah suami nak bawa.
Bila google ada satu kedai yang jual rempah ratus yang senang nak cari.
Jumpalah kedai Shahulhameed, khabarnya sekarang ni yang jaga anaknya.  
Bagus layanan mereka ni, mereka bagi list apa rempah yang di jual.  

Akak beli rempah tandoori, ayam panggang, kari ikan, kari daging dan kari kapitan.
Bagitau ajer nak masak apa, terus penjual campur itu dan ini.  Seronok gak dapat beli rempah pure dari Pulau Pinang.

Alamat : 733, Jalan Perak, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia

1 ulasan:

  1. Memang bagus beli cara tu.
    Mengikut selera kita.

    Thank u from:
    http:biarlembuyanglembu.blogspot.com

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...