OOO

Isnin, Januari 16, 2017

Resepi Ikan Panggang BerSambal

Assalammualaikum semua😍

Semua suka ikan bakar kan,💑kalau gi jejalan terutama di tepi pantai bersama keluarga tersayang memanglah ikan cam yang sedap selain dari udang goreng tepung atapun ketam butter.👌

Akak suka buat sambal macam ni, sebab kena dengan tekak kami sekeluarga😋

  •  Ikan cencaru
  •  Ikan sembilang

Bahan-bahan lain 
  • 8-10  sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • sedikit belacan
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang
  • aluminium foil secukupnya


Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.
4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.
7. Lumurkan sambal ke atas daun pisang kemudian alas dengan aluminium foil. 
 
😏kalau bakar atas arang lagi best......
kalau nak makan baru bakar...makan panas-panas pun sodap.....perah dengan asam limau kasturi😋

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...