Assalammualaikum semua
Bulan lepas kami ke Kuala Terengganu kerana menghadiri majlis perkawinan seorang blogger pangkat anak yang pernah menolong kami masa kami ke London pada tahun 2012..
Masih lagi berhubung di fb, bila orang menjemput kita pergilah.
Kami ambil homestay di Gong Badak, bila suami check in kat fb, anak buah suruh gi makan kat Warong Pak Nong yang telah bermula sejak 20 tahun yang lalu. Nasib baiklah nak pergi tak jauh dari homestay kami, tak sampai 20 minit perjalanan.
Bila di siarkan dalam program Jalan Jalan Cari Makan TV3, pengunjung makin bertambah ramai.
Kalau tak beratur tak sahlah, sebab masa kami pergi time cuti sekolah, tapi tak lama tunggu, dalam 15 minit dah dapat ikan dan sotong celup tepung.
Gambar ikan dan udang goreng tepung tak ambik, cuma ambik gambar sotong goreng, kalau nak diikutkan memang murah sebab kami punya ni RM10 satu, besar pulak tu. Harganya ikut saiz sotong, ikan dan juga udang.
Suami beratur beli air, Ira dan Imran beratur beli celup tepung, nak cari tempat duduk memang payah, kena tunggu orang habis makan, cepat chopppp. Yang buat sedap sebab ianya segar pastu baru keluar dari kuali.
Udang dan ikan pun murah, selain dari itu ada gak nasi lemak, air kelapa, air batu campur dan pelbagai jenis air. Nak potong kecik sotong ada di sediakan gunting besar, memang puas hati makan kat sini selain dari harganya yang murah sangat bagi orang bandar yang tak ada laut.
Alamatnya
A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
No. Tel : 09-6127655 / 0133517262
Kordinat : 05.42802; 103.072854
Jangan pergi awal sebab buka pukul 3.30 petang hingga senja.
Masih lagi berhubung di fb, bila orang menjemput kita pergilah.
Kalau tak beratur tak sahlah, sebab masa kami pergi time cuti sekolah, tapi tak lama tunggu, dalam 15 minit dah dapat ikan dan sotong celup tepung.
Suami beratur beli air, Ira dan Imran beratur beli celup tepung, nak cari tempat duduk memang payah, kena tunggu orang habis makan, cepat chopppp. Yang buat sedap sebab ianya segar pastu baru keluar dari kuali.
Udang dan ikan pun murah, selain dari itu ada gak nasi lemak, air kelapa, air batu campur dan pelbagai jenis air. Nak potong kecik sotong ada di sediakan gunting besar, memang puas hati makan kat sini selain dari harganya yang murah sangat bagi orang bandar yang tak ada laut.
Warong yang bertentang dengan laut, bila dah kenyang bolehlah lepak kat sini pulak.
Alamatnya
A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
No. Tel : 09-6127655 / 0133517262
Kordinat : 05.42802; 103.072854
Jangan pergi awal sebab buka pukul 3.30 petang hingga senja.
Alahai..terliur plak dibuatnya kak ina....
BalasPadamKalau camtu kena gi kuala terengganu
PadamMemang sedap tu kan ina..kalau pi terengganu mesti cari udang..sotong..celup tepung dan sata
BalasPadamBetul tu Erna. Lama ek tak jenguk blog
Padamwah kak ina. sedapnya! nanti otw balik kampung nanti nak try la.
BalasPadamCuba jangan tak cuba
Padampoknong mmg senang sotong celop tepom..dekat ngn kg hubby..tp kami jarang mkn sini sbb ramai sangat orang...viral kan...bia kami makan di kedai hujung pantai batu rakit, tak pun selang 2 kedai dari poknong, betul2 tepi pantai...
BalasPadamOoo nanti boleh cuba jika datang lagi ke kuala terengganu
PadamWarung poknong memang femes.. kalau musim cuti kena beratur.. kdg2 berebut nak amik sotong.. apa yg membuatkan ia rare bila kita gunting sendiri sotong2 tu..tak jumpa lagi kat lain stail gitu
BalasPadam