OOO

Selasa, Mac 07, 2017

Lempeng Pisang Kelapa Mudah dan Sedap

Assalammualaikum

Layan lempeng pisang pun sedap gak buat makan pagi atapun makan petang.  Pastu buh atas daun pisang..fuhyooo harumm

Bahan-bahan
  •  8 biji pisang emas
  • 1/4 cwn gula pasir
  • secubit garam
  • 1 1/2 cwn kelapa parut-putihnya je
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air
  • sedikit minyak
Cara- Caranya
  1. Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan air.Gaul sebati.
  3. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali.
  4. Masukkan 3 sudu besar adunan lempeng, dan ratakan.
  5. Biarkan sedikit pucat, dan bila kelihatan garing di sekelilingnya...bolehlah terbalikkan lempeng tadi.
  6. Bila dah garing dan masak, bolehlah angkat dan hidangkan.

5 ulasan:

  1. aduiii.. sedapnya... jangan buat mia terbayang-bayang nanti...

    - Mia Liana

    BalasPadam
  2. teringinlah pulak nak makan..masa kecik2 mak selalu buatkan..



    -Kisahsidairy-

    BalasPadam
  3. Wow rupa macam roti pisang. Lihat pun air liuh dah galir x berhenti2.

    BalasPadam
  4. Yang paling sedap part yg mcm hangus2 tu kak. Sedapnya...garing..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers