OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat lempeng pisang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat lempeng pisang. Papar semua catatan

Selasa, Mac 07, 2017

Lempeng Pisang Kelapa Mudah dan Sedap

Assalammualaikum

Layan lempeng pisang pun sedap gak buat makan pagi atapun makan petang.  Pastu buh atas daun pisang..fuhyooo harumm

Bahan-bahan
  •  8 biji pisang emas
  • 1/4 cwn gula pasir
  • secubit garam
  • 1 1/2 cwn kelapa parut-putihnya je
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air
  • sedikit minyak
Cara- Caranya
  1. Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan air.Gaul sebati.
  3. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali.
  4. Masukkan 3 sudu besar adunan lempeng, dan ratakan.
  5. Biarkan sedikit pucat, dan bila kelihatan garing di sekelilingnya...bolehlah terbalikkan lempeng tadi.
  6. Bila dah garing dan masak, bolehlah angkat dan hidangkan.

Isnin, Mac 24, 2014

Resepi Lempeng Pisang Berkhasiat

As'salammualaikum

Hari ni hari terakhir anak-anak bersekolah, kat pantai timur dah mula bercuti seminggu.  Kalau cuti seminggu ni susah sikit nak berjalan-jalan sebab pejam celik ..pejam celik dah seminggu.  Cepat betul  masa berlalu kan.
Kali ni akak buat lempeng berkhasiat, resepi dari Mat Gebu tapi horlick tak ada, akak buh gula perang.

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram pisang emas
1 camca besar horlick-tukar gula perang
1 camca besar susu tepung
4 camca besar nestum
1 camca teh penuh baking powder
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
Secubit garam
Buah2 segar untuk hiasan (optional)
Madu (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan pisang, baking powder, horlick, susu dan garam. Lecek pisang tadi hingga halus. Tambah nestum dan tepung gandum. Gaul rata.
  2. Masukkan air dan kacau hingga sebati. Jangan risau jika adunan nampak cair, nanti bila nestum kembang, ia akan jadi pekat sedikit.
  3. Lenser sedikit minyak dalam non-stick pan saiz 4 inci (atau pilihan anda), bila panas, sendukkan bancuhan lempeng pisang tadi, ratakan dan masak dengan api kecil. Tutup permukaannya untuk mempercepatkan proses memasak.
  4. Kemudian berhati2 terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan, kalau suka sedikit garingm boleh masa lama sedikit. Angkat dan sejukkan sebentar. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
  5. Hidangkan bersama buah2an segar dan madu (jika suka). Sedap dimakan begitu sahaja. Sesuai untuk sarapan dan minum petang...

Selasa, November 13, 2012

Lempeng Pisang Ala Ala Kampung

Assalammualaikum dan selamat petang semua

Dalam minggu ni akak terasa sikit stress sebab sponsored post yang akak dapat memang memeningkan otak akak nak cari idea.  Kali ini sp agak mencabar sampai akak kena edit dan olah balik sampai 2 kali.  Tension gak di buatnya...tapi itu semua cabaran yang harus akak harungi demi memuaskan hati semua pihak.  Bukan senang kan pengiklan nak bayar kat kita kalau kita tak memberikan hasil yang terbaik.


 Sekali-sekali makan lempeng pisang memang sedap..terutama bila hujan dah turun. Makan tengah panas-panas bersama kopi kampung, sedar tak sedar dah habis sekeping.  Akak guna pisang emas dan buh kelapa parut putih sikit.  Akak ambik resepi dari blog Mat Gebu tapi akak tukar sikit bahan-bahannya.

Bahan-bahannya
10 biji pisang emas yang masak ranum
4 sudu besar gula perang
sedikit kelapa parut
secubit baking powder
1/2 camca teh garam halus
3/4 cawan tepung gandum chap sauh
1/4 cawan susu penuh krim/segar
sedikit daun pisang
sedikit marjerin

Cara membuatnya

  1. Lecek pisang tadi hingga lumat. Tambah garam, gula dan baking powder, terus melecek hingga sebati. Tambah parutan kelapa dan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masukkan pula susu penuh krim , kacau rata dan rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stik pan saiz 9 inci, letak daun pisang, letak sedikit marjerin dan masukkan 2 senduk adunan tadi, ratakan dan biar masak
  3. Kemudian terbalikkan  (letak daun pisang juga) dan masak lagi hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan...
Paling suka makan tang hitam tu...layannnnnnnnnnn

Khamis, Mac 08, 2012

Lempeng Pisang Enak Untuk Minuman Petang




 Tekak akak tekak orang bandar ..hb akak yang kata camtu.  Tekak dia pulak tekak orang kampung.  Dia lebih suka dengan masakan cara kampung..nak buat camnerkan.  Paling suka dengan lempeng pisang.  

Bahan-bahan (4 keping)

  • satu sisir  pisang emas (10-12 biji) 
  • 5 sudu besar gula/brown sugar  
  • 1 cawan tepung gandum  
  • 1/2 cawan kelapa muda (parut)  
  • 1/2 sudu teh garam  
  • sedikit air daun pisang dan minyak secukupnya

  

Cara-cara

  1. Lecek pisang emas sehingga halus Kemudian masukkan gula, garam dan kelapa parut. 
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. Masukkan sedikit air jika perlu.  
  3. Panaskan kuali leper non stick dan sapukan sedikit minyak diatas daun pisang dan sendukkan adunan tadi dan leperkan di dalam kuali dengan api sederhana kecil 
  4.  Ambil sehelai lagi daun pisang dan balikkan sebelahnya lagi sehingga masak.  
  5. Angkat dan bolehlah di hidangkan dan ulangi lagi sehingga habis.
 Hidangkan bersama kopi panas


Jumaat, Mac 25, 2011

Aiseyman...resepi lempeng pun nak letak gak ker?

 
Memang kena letak sebab nak buat rujukan bagi anak akak.  Mereka manalah tau nak buat lempeng ni sebab ashik makan burger, hot dog dan nuggets. Kang bila dapat jodoh suami/isteri yang suka makan macam ni taklah sibuk nak call akak.  Itu pun jika umur akan panjang..insyallah. 
Akak pakai agak-agak tapi nak senang akak tepek resepi dari Fiza di myresipi.com .   Kalau nak best masa letak dalam kuali tu buh daun pisang..lagi wangi.  Akak tak letak sebab malas nak gi ambil kat pokok.

Bahan-bahan ( 4-5 Org )

  • 7 biji pisang emas
  • 5 sudu besar gula-akak guna gula perang
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan kelapa muda (parut)
  • 1/2 st garam

Cara-cara

  1. Lecek pisang hingga halus
  2. kemudian masukkan gula,garam dan kelapa parut.
  3. masukkan tepung sedikit2 dan gaul rata.
  4. panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak ,sendukkan adunan tadi dan leperkan di dalam kuali.
  5. Balik2kan hingga kedua2 bahagian masak.
  6. Angkat dan bolehlah di hidang sebagai sarapan @ minum petang. 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...