OOO

Ahad, April 30, 2017

Baju Sedondon Untuk Majlis Kawin

Assalamualaikum semua

Dah jadi macam tradisi di belah suami, jika ada anak yang kawin, kami akan pakai baju sedondon ataupun dulu dulu kami panggil baju boria.


Selalunya kain akan di bekalkan oleh ibubapa bakal pengantin, design dan warna kain dan tudung di pilih oleh adik beradik perempuan suami sebab mereka lebih arif sebab mereka memang mengambil tempahan baju berpuluh tahun.😘

Kami yang keras tangan ni ikut ajerlah.

Kalau belah akak memang tak buat pun.πŸ˜“
 masa anak akak yang sulung 3 tahun lepas😍😍
warna biru😍 anak anak mereka 
pun sporting pakai baju lebih kurang sama
masa Yana, masa ni tudung pilihan sendiri
tahun lepas..macam nak nyanyi lagu nasyid pun ada
Tak ingat pun siapa yang mulakan, rasanya sejak 10 tahun yang lepas kot, sebab ekonomi masing masing dah mula stabil sebab anak anak dah bekerja.πŸ‘Œ
  Yang terbaru gambar di kenduri anak buah semalam 29 Mei 2017, kali ni tema hijau😏, tak cukup korum sebab 2 orang tak dapat hadir😞
lelaki pun sama cuma taklah sepasang, cuma baju sahaja, alhamdulliah bapa mertua pun satu kepala dengan kami, ikut ajer apa pilihan anak anak.πŸ’—

Yang terbaru ni terus aaa jadi baju raya.😍

Sape yang suka pakai sedondon untuk raya setiap tahun, harap harap dah jumpa warna yang sesuai.

p/s ada lagi rasanya tapi tak jumpa lagi gambarnya

2 ulasan:

  1. Nampak post ni, tetiba rindu suasana kenduri. Time ni boleh jumpa semua saudara. Lagi2 pakai baju boria, nampak meriah je :D

    BalasPadam
  2. Waah...semuanya nampak hebat!!! Lagi meletop kalau ada jumlah ahli keluarga yang lebih besar. Boleh jadikan satu memori yg tak dapat dilupakan!!!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers