OOO

Isnin, April 24, 2017

Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak

Assalammualaikum👄

Ada orang kata kalau makan kepala ikan jadi bodoh ek..tapi apa nak di kata sebab kat restoran yang jual kepala ikan sedap ramai jer yang kerumun gi mengadap.  Terpulang pada diri masing masing lah kan😔

Bahan-bahan
1 kepala ikan jenahak-cuci dengan air asam, bilas dan toskan
5 batang daun kesum-diambil daun 
2 batang bunga kantan-di potong 2 
4 biji bendi 
1-3  cawan air asam jawa-secukup rasa
2 batang serai di titik 
sedikit gula  
minyak masak dan garam  secukupnya

Bahan yang di kisar/tumbuk
5 sudu makan cili kisar
4 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2cm kunyit hidup/sedikit kunyit serbuk  

2 cm halia
2 cm belacan 

Bahan tumis
2 biji bawang kecil di hiris
1 biji bawang putih di hiris
1 sudu teh halba campur

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati.  Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. 
Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana kecil.  Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa.Biarkan seketika kemudian masukkan air secukupnya.
4. Bila kuah mendidih baru masukkan kepala ikan dan perasakan gula serta garam,  biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum, bendi dan  bunga kantan. 
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api. 
6. Siap untuk di makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...