OOO

Ahad, April 23, 2017

Ubi Rebus Goreng

Assalamualaikum semua

Sibuk sikit bila ada cucu baru ni, pastu weekend sibuk uruskan homestay, syukur alhamdulliah ada gak yang sudi menginap di homestay kami.😍

Bila beli ubi cukup tamak, beli banyak banyak pastu tak habis, macamlah ramai lagi rakyat jelata kat rumah ni.  Selalu kalau tak habis, akak simpan dalam peti sejuk, esoknya goreng ubi rebus yang tak habis.😏

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Ubi Rebus
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
Belah ubi yang telah di rebus, bancuh tepung beras bersama air, garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, celup ubi dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga warna keemasan.
Cicah dengan sambal kicap..erhmmm sedappp.😋

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers