OOO

Selasa, Jun 13, 2017

Resepi Sambal Tumis Sotong Dan Petai

Assalammualaikum

Dah mula fikir nak masak apa untuk waktu berbuka nanti ker?

Nak dapatkan rasa sedap sebaiknya beli sotong yang segar.  Bulan puasa ni mahal betul barang basah, sotong pun dah mencecah RM30 1 kg.

Resepi asal dari Mat Gebu, tapi dia guna udang, akak guna sotong. Sama jer cara masaknya
BAHAN-BAHANNYA 
5 ekor sotong-potong dan cuci bersih
2 papan petai, ambil isinya.
1 biji bawang besar hiris bulat-gegelang
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS 
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan petai dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.
  2. Tambah udang/sotong dan bawang hiris, masak hingga udang/sotong masak dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesua
goreng ikan masin dan masak lemak kobis atau labu..puhhhh terangkat ibu jari

2 ulasan:

  1. rindu pula sambal sotong mak bila tengok resepi ni, hehe

    www.neezalife.com

    BalasPadam
  2. Alahai merah sambal memggamit2 seleraku

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers