Assalammualaikum
Tentu ibubapa sibuk menyediakan kelengkapan hari raya buat anak anak. Yang seronok menyambutnya memang kanak-kanak, kita yang dah dewasa dah kurang dah.π
Nasib baik ada cucu empat orang, tentu seronok tenguk telatah cucu cucu ni.π
Kari sotong sekoq ni kesukaan suami, kali ni tak guna santan. Buat susu masam iaitu susu cair yang di campurkan dengan jus limau.π
Tentu ibubapa sibuk menyediakan kelengkapan hari raya buat anak anak. Yang seronok menyambutnya memang kanak-kanak, kita yang dah dewasa dah kurang dah.π
Nasib baik ada cucu empat orang, tentu seronok tenguk telatah cucu cucu ni.π
Bahan-bahan
- 5-6 ekor sotong-bersihkan dan toskan
- 5 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 cawan yogurt/susu masam
- 3 sudu makan kari ikan
- tomato ceri
- bendi
- cili hijau
- terung
- garam
- air
- minyak secukupnya
Bahan tumis
- 2 tangkai daun kari
- 1/2 labu bawang besar di hiris
- 2 biji bawang merah di hiris
- 1 biji bawang putih di hiris
- 1 sudu teh halba campur
Cara-caranya
Tumbuk/kisar bawang putih, halia dan bawang merah.
Panaskan minyak dan masukkan halba campur, hirisan bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air, kacau selalu dan kecilkan api.
Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
Setelah pes naik minyak baru masukkan air dan susu masam atau yogurt.
Guna api perlahan sambil di kacau selalu.
Apabila mula mendidih masukkan pula sotong.
Jangan masak sotong terlalu lama
Rasa dulu garam barulah di padamkan api.
alahai sedapnya. ayah syafi mmg tak suka kari letak santan
BalasPadamtak pernah masak kari tanpa santan..sebab hubby tak suka... anyway sesekali boleh cuba kot kan... :)
BalasPadamSalam Ramadhan