OOO

Khamis, Jun 08, 2017

Salai Murah Di Kuala Pilah

Assalammualaikum

Dulu pernah beli kat Zaini Salai House-Pakar Salai tapi sejak duk kat Salak Tinggi yang bersempadan dengan Nilai, ada juga yang jual kat situ.

Jaranglah akak beli lagi sebab pernah terkena, harga ikan keli salai mahal berdentum, sejak tu malas nak singgah bila lalu kat situ.😯

Tapi masa ambik dan hantar bapa mertua kat rumah adik ipar di Palong, memang kena lalulah Kuala Pilah, tu ajer jalan yang senang. 

Pergi time bulan puasa, biasalah nafsu pun mula dah tak terkawal terutama tenguk lemang yang di jual di sepanjang jalan di situ. 

Masa pergi awal pagi akak tenguk pasangan suami isteri ni pagi pagi dah mula hidupkan bara nak salai dan bakar lemang.  Kata dengan suami nanti balik nak singgahlah sebab dah tentu bila kita lalu dalam pukul 1 tengahari dah tentu lemang dah siap masak.

Memang aim kedai ni, bila dalam perjalanan balik menuju ke Senawang, akak pun singgah nak beli lemang ajer asalnya.πŸ˜“
Lemang yang di jual memang murah rasanya, sebab penjual tak naik harga samada pendek atau panjang, harga pukul rata.  

Bila tanya harga itik salai, dia kata cuma dalam RM38 sahaja, akak pun kata wah...murah sungguh encik jual ni.  Rata rata orang jual di sepanjang jalan ialah RM50.00.😬

Penjual tu merungut gak, kata dia peniaga ni nak untung cepat, nak ikut harga Najib sebab nak cepat gi haji.😧
Apa lagi akak pun gi ambik hp dalam keta,  ambil gambar pasangan suami isteri ni, janji nak promote dalam blog di sebabkan harganya yang munasabah. 

Suka dia bila akak kata akak sorang blogger, nanti nak masuk dalam N3 blog. Lupa pulak nanti tanya nama mereka berdua.πŸ˜’

Senang ajer nak cari tempat ni, bertentangan dengan rumah adik beliau yang warna kuning jika jalan balik ke Senawang/Seremban, tak jauh dari Bukit Putus.

4 ulasan:

  1. Kalau balik, boleh singgah ni. Heheh

    BalasPadam
  2. Lama plop tak balik ikut sanawang nihhh.. leh dropby nanti... ;(

    BalasPadam
  3. fuh.power orang pilah.
    semoga bisnes terus maju

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers