lazada

Lazada Malaysia

Rabu, Jun 05, 2013

Zaini Salai House-Pakar Salai No 1 Di Kuala Pilah

Assalammualaikum wahai pembaca blog yang sudi mampir ke blog akak.

Sekali akak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi membaca coretan akak ini..samada datang secara tetap setiap hari dan yang datang sekali-sekali.  Tanpa anda semua suramlah trafik dan hilanglah mood akak nak update N3 baru setiap kali.
Tentu anda semua pernah tenguk gambar model itik seksi ni kan..akak hampir terlupa nak sambung pot pet pasal tempat salai kat Jalan Ulu Bendul Kuala Pilah ni.

Kami kebetulan nak pulang ke kampung ni Segamat..akak suruh lalu ikut Kuala Pilah sebab nak gi kedai emas yang di katakan harganya murah dari Kuala Lumpur.  Kalau nak tenguk gambar kedai tu kat SINI ek..camtulah keadaannya bila akak sampai..3 kedai emas penuh dengan orang.  Tak pernah akak tenguk keadaan camtu kat Kuala Lumpur.  Kena beratur dan ambil masa kalau nak beli.
Sebelum tu singgah kat Zaini Salai House...wow wow..macam-macam ado..emok den pun suko gak makan itik, daging dan keli salai ni.
Semua ada stok cuma burung puyuh masih dalam proses untuk di salai..kenalah tunggu
Sambil tunggu kami pot pet pot pet dengan tokeh kedai ni..rupanya Zaini ni orang Pulau Pinang..bernikah dengan orang N9 langsung menetap kat sini dan mulakan bisnes camni..waduh pandai betul dia ni kan cari duit cara camni.  Tak tercabar ker anak jati N9 bila orang luar berjaya 
camni.
Dulu akak selalu beli kat kat Pedas...
tapi kali ni nak tukar selera pula

 Telur masin buatan orang kampung..banyak lagi yang anda boleh beli bila singgah kat sini
Agak gak pes rendang dan juga pes cili padi..sonang ajerkan sekarang ni..bila beli terus beli santan..sampai rumah dah boleh masak kan..
produk terbaru ialah puyuh tempayan..masa akak beli tak ado laie..wah nampaknya kena singgah lagi
 Jangan lupa singgah kat FB Zaini Salai House yer..nak gi sini senang ajer..kalau dari Kuala Lumpur ikut LEKAS..terus masuk Jalan Kuala Pilah tak jauh dari Hutan Lipur Ulu Bendul...kalau nak senang guna ajer GPS..

 Semuga bisnes Zaini ni bertambah maju

7 ulasan:

  1. bestmyeeerrr..itik salai ade? mesti ayah saya suke kalau bawak datang situ..

    BalasPadam
  2. saya pun pernah singgah sini masa balik kg sepupu kat kuala pilah. terbaik! :)

    BalasPadam
  3. tu dia sampai tertonggeng2 punya nak slai tu kak ina ye..ermmm sedap ni masak lomak kan..

    BalasPadam
  4. wah nampak sedap...dapat buat masak lomak cili api best nie

    BalasPadam
  5. foyooo
    mmg tebaik lah
    blom pernah rasa.. heheh

    BalasPadam
  6. Gambar banner dia tu nampak smart laaa

    BalasPadam
  7. harus singgah kalau balik rumah MIL nnti :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...