OOO

Jumaat, Julai 21, 2017

CendawanKulat/ Kukur/Sisir Goreng Pedas Campur Udang

Assalammualaikum semua

Kat setiap tempat nama panggilan cendawan ni berlainan, ada yang panggil cendawan kukur, kulit sisir dan cendawan sisir.

Cendawan kukur/cendawan sisir dah naik harga dah sekarang ni.  Dulu dulu masa kecil bila cuti sekolah kalau duk kat kampung kami suka tolong mak saudara atau uwan gi kutip kat kebun getah.😌


Kebun getah atok kat belakang rumah, bila musim hujan adalah cendawan tumbuh kat pokok getah yang tumbang.


Selalunya uwan buat masak lemak cili api sebab keturunan N9 kalau tak podeh tak sodap.😘



Puas gak godek cari resepi ni, bila tenguk kat tv3 dalam rancangan aroma ada pulak orang tunjuk cara masak cendawan goreng ni.  Mereka gunakan rencah ikan bilis, akak guna udang hidup.😋

Kena rendam dulu cendawan ni bagi kembang pastu basuh berulang kali nak bagi bersih.  Selalunya akak rendam dengan garam pas bilas dalam bekas berlubang halus. Akak ambil resepi dari Madiha tapi tukar sikit cara sebab guna udang.😊

Bahan-bahan
2 cawan cendawan sisir/kukur yang dikeringkan
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
15 biji cili padi*-tak nak pedas kurangkan

sebatang serai-ketuk hujung
Sedikit udang yang telah di bersihkan
1 biji bawang besar-hiris
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Cara Menyediakan
1. Cendawan dibersihkan. Kerat jika ada bahagian yg keras pd umbinya. Rendam cendawan dalam sebesen air,  sauk cendawan yang timbul dengan tangan supaya habuk-habuk hingga jatuh ke bawah. 
Buat 2 atau 3 kali.. kemudian jirus air lalu dan tos. Tumbuk cendawan separa lumat. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk dan bawang besar  serta serai hingga wangi. 
Masukkan udang, garam dan bahan perasa. Kacau biar sebati.
4. Masukkan cendawan dan goreng / kacau hingga agak kering. Biarkan secukup rasa dan bolehlah dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi putih & ikan masin.... memang menyelerakan.

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...