OOO

Sabtu, Julai 22, 2017

Petua Nak Simpan Stok Cili Kisar Tahan Lama

Assalammualaikum 😍


Sekarang ni mudah sangat nak masak tak macam dulu, masa sekolah menengah mak dah ajar giling cili guna batu penggiling.  Sejak zaman ada letrik mulalah ada pengisar yang memudahkan kerja dapur.😊


Dari dulu memang jarang beli cili pes kat kedai, lebih suka buat sendiri.  Pernah sekali beli serbuk cili di Abu Dhabi buat sambal tumis ikan bilis, perghhh rasanya teruk betul.

Akak suka kisar cili kering untuk seminggu ataupun lebih sebab menyenangkan kerja dapur.  Bila dah potong kecil selalunya akak rendam dan buang air sehingga bersih.😏


Pastu rebus, cuci lagi dan baru kisar.  Kalau nakkan biji cili hancur masukkan sedikit minyak masak bersama air.


Sekarang ni bila dah kisar akak akan masak sekejap sebab tak nak cili naik kulat dan bau masam.


BAHAN-BAHAN:

Cili kisar
Sedikit Minyak

CARA MEMBUAT: 
  1. Bubuh sedikit minyak dan tumis cili kisar.
  2. Bila dah terbit minyak masukkan dalam bekas. 
  3. Tunggu sejuk baru tutup dan simpan dalam peti sejuk.
Bila akak tanya kat teman teman di IG ada juga yang sudi berkongsi petua.

Tip pertama dari sayangsafidahπŸ‘
saya masa nk blend cili tu masuk skali dgn minyak masak.x guna pn air.pastu simpan cili blend tu dlm peti sejuk. insyaallah bleh tahan 2 3 minggu.


Tip dari nurmisnanπŸ‘
nak lg sedap tambah sebiji bawang besar kak.. org kata penaik bau wangi.. saya goreng sikit dgn selai daun pandan.

Tip dari mamahawa
Anak blender dgn minyak makan @kakinakl alhamdulillah boleh bertahan seminggu simpan dlm fridge

p/s sape nak bagi petua lagi boleh akak update😊

2 ulasan:

  1. Pernah guna tips ni . Memang berkesan tahan lama

    BalasPadam
  2. Kak Ina, saya pun cerita pasal cili blend. Saya memang guna air je, walaupun tau petua guna minyak tu. Lebih ori. hihi.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...