OOO

Selasa, Julai 25, 2017

Homemade Fishball Ikan Tenggiri

Assalammualaikum

Untung masa duk kat Miri sebab tepi laut, ikan/seafood memang segar bugar.
Ikan tenggiri baru naik dari laut ni akak beli sebab murah bebeno, teringin pulak nak buat fishball sendiri. Cari punya cari akak pun cuba resepi dari rakan blog Makcik Manggis.
Bahan-bahan bahan yang diperlukan:
800 gm ikan tenggiri
3 tbsp tepung jagung
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah


Cara-caranya
Ikan di cuci hingga bersih dan ketepikan tulangnya.
Kerukkan isi ikan dengan menggunakan sudu ceramic  ni hingga habis.

Kemudian campurkan isi ikan dengan sedikit garam,lada putih dan tepung jagung.Uli hingga sebati.

Untuk dapatkan fishball  yang kenyal ,adunan ikan tadi hendaklah di uli sehingga berkilat.Caranya agak" brutal" sikit hehe...tumbuk adunan tu kemudian "baling" kedalam mangkuk beberapa kali .

Untuk mengelakkan dari adunan melekat ditangan,tangan hendaklah dibasahkan selalu.Jadi sediakan semangkuk air yang bersih.

Ulangi peroses yang sama sehingga ianya benar benar sebati dan berkilat.Jika ada rasa tak puas hati nak marahkan seseorang bolehlah lepaskan geram disini..tumbukk baling kemudian tumbukk lagi hehe.


Masukkan tulang dan kulit ikan tenggiri tadi kedalam periuk dengan sukatan air yang mencukupi.Masak hingga mendidih.

Masukkan satu ketul kiub ikan bilis.Kemudian bulat-bulatkan adunan ikan tadi dan masukkan kedalan air rebusan.Masak hingga fish ball timbul di permukaan.

Siap untuk digunakan samada nak makan terus atau masak dengan sayur atau mee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers