OOO

Isnin, Julai 10, 2017

Ikan Segar Di Pengkalan Balak Melaka

Assalamualaikum semua

Balik dari rumah pak saudara buat kerja kawin kat area Cheng sebelum bulan puasa kami  nak singgah ke homestay di Port Dickson sebab nak ambik kunci.

Bila lalu kat area Pengkalan Balak lepas tempat mandi manda, yang banyak chalet untuk di sewa, ternampak orang jual ikan segar kat tepi jalan.

Wah akak ni pantanglah tenguk orang jual ikan, ajak suami singgah.  Walaupun dah pukul 3 lebih, masih banyak lagi ikan yang di jual.  

Seronoknya, heaven rasanya bagi suri rumah cam akak ni, harganya murah sikit dari pasar kat Salak, belilah juga dua tiga jenis ikan.  

Ikan parang, ikan tenggiri, ikan siakap, ikan mayong, ikan merah dan kerapu memang sedap kalau masak terus.
ikan alu alu, penjual kata sedap buat fish ball, tak beli pun sebab malas nak buat
Beli gak ikan masin 1 bungkus RM1.00, ok gak rasanya.

Kat depan ada Pasar Teluk Gong Pengkalaan Balak, tapi belah petang mana ada orang jual. 

Kalau nak pergi sesaje taklah, kecuali ada tujuan.

6 ulasan:

  1. SA selalu beli kat sini la kak...memang ikan dia segar2...manis je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo iyer ker, best kan beli kat situ

      Padam
  2. ya ampunnnnnnnnn bestnyer dpt ikan segar...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers