OOO

Khamis, Julai 27, 2017

Nikah dan Jamuan Di Masjid Jadi Trend

Assalamualaikum semua
Selain dari majlis nikah kawin yang di adakan di hotel, resort, taman, tepi pantai dan di rumah, makin ramai mempelai di zaman sekarang memilih mengadakan majlis di masjid.

Salah satu faktor di sebabkan masalah ruang di rumah yang mungkin agak terhad, kebanyakkan masjid menyediakan ruang yang agak selesa buat tetamu yang hadir di samping mempunyai kemudahan parkir yang banyak.
Jaga adab semasa dalam masjid sepanjang majlis berlangsung. Pastikan pakaian menutup aurat, tidak terlalu jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan.
Sewaktu majlis ijab kabul, duduklah berasingan antara tetamu lelaki dan wanita.

Dah dua kali menghadiri majlis akad nikah dan walimah di masjid, ibubapa dan pasangan akan memilih untuk ijab kabul pada pagi sebelum majlis resepsi. 
Sekarang ni zaman dah canggih tau, tok kadi pun menggunakan laptop untuk majlis kali ini.

Alhamdulliah pasangan mempelai rasa gembira bila segalanya berlangsung dengan selamat dan di nikahkan oleh bapa pengantin perempuan
Mengalir air mata ibu dan anak bila selesainya majlis ini. Walaupun ibu merasa sedih apabila anak kesayangan menjadi milik orang lain tapi tersemat juga rasa syukur bila anak perempuan mempunyai pembimbing dan menjadi seorang isteri.
Seperti juga di Masjid KLIA, di Masjid Putra Nilai menyediakan ruang yang berasingan semasa akad nikah.  
Tetamu mula hadir sekitar pukul 11.00 pagi, oleh kerana bapa lelaki merupakan sepupu suami ramailah kaum kerabat hadir. 
 anak saudara aka anak buah
 Jom mamam
Seronok bapa mertua dapat berjumpa dengan kaum kerabat dari Muar Johor
Perut dah kenyang kami beredar ke ruang legar dan sambung pot pet lagi 
Senangkan bila majlis berlangsung dalam 1 hari, taklah kelam kabut, yang seronoknya bila waktu zohor tetamu boleh terus mengerjakan solat.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers