OOO

Khamis, Julai 06, 2017

Resepi Cornflakes Madu Rangup Dan Mudah

Assalamualaikum semua

Banyak makna madu ni, madu minum, bermadu ataupun di madukan. 
Kukis yang paling senang nak di buat, modal pun tak banyak, kalau sapelah kata susah nak buat memang payahlah kannn.😏

Kali ni guna gula perang, cara semua sama.  Ni kali ke dua buat, kali pertama buat bulan puasa dah habis masuk kat mulut anak anak. Lupa pulak nak snap sebab ashik menjengkit ajer masa raya.😔


Bahan-bahan
1 kotak besar cornflakes 
6 sudu besar butter
6 sudu besar gula perang
2 sudu besar madu

Cara-cara
1.  Semua bahan-bahan di masukkan ke dalam kuali, kemudian masukkan cornflakes. 
2.  Gaul sehingga sebati dan padamkan api.
3.  Masukkan ke dalam papercup dan bakar sekejap.
4.  Bakar dalam suhu lebihkurang 160 atau 170C lebihkurang 5 minit.
5.  Biarkan sejuk di redai/rack, baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Tips: 
Kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. 
Boleh jugak direndahkan sket suhu oven supaya kukis kita tak hangus..



2 ulasan:

  1. Biskut raya yang simple . Raya tahun ni sempat buat conflakes madu dgn cornflakes coklat

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...