Assalammualaikum semua
Dah bercucu ni rasa teruja bila dapat beraya bersama sama terutama cucu no 3 dan 4 yang pertamakali merasakan hari raya, uwan yang excited lebih padahal manalah mereka bukan tau kan sebab kecik lagi.
Macam tahun lepas kami masak dan beraya di rumah mak di Gombak bersama sama 2 adik lelaki. Suami dan anak anyam ketupat kat rumah kami, baru bawa rumah mak, masukkan beras.
Frust tahun ni bila rendang daging dan sambal sotong kering basi menjelang tengahari raya pertama sebab santan yang orang hantar kat rumah dah berbau.
Sayang betul bila kenangkan harga daging tempatan yang mahal dan sotong kering yang naik meroket harganya.
Nasib baiklah dah siap rasa masa buka puasa dan makan pada pagi raya. Tahun depan tak nak lagi beli santan kat rumah mak lagi.
Selepas marhaban selepas solat aidilfitri, sebelah petang baru gi rumah besan dan saudara mara yang masih ada di sini.
Balik rumah, basuh baju kotor dan esoknya gerak ke rumah bapa mertua di Segamat. Belah petang gerak ke Batu Pahat lepak rumah Yana.
Kali ni Yana giliran kat rumah besan di batu pahat, menantu beraya bersama kami, oklah tu kan, at least ada gak suara budak kecik kat rumah.
Pagi raya cam biasa mintak maaflah, tak ada keluar air mata pun macam arwah abah ada dulu.
Sayang betul bila kenangkan harga daging tempatan yang mahal dan sotong kering yang naik meroket harganya.
Nasib baiklah dah siap rasa masa buka puasa dan makan pada pagi raya. Tahun depan tak nak lagi beli santan kat rumah mak lagi.
Ramai gak yang pakai warna hijau tahun ni
Selepas marhaban selepas solat aidilfitri, sebelah petang baru gi rumah besan dan saudara mara yang masih ada di sini.
Balik rumah, basuh baju kotor dan esoknya gerak ke rumah bapa mertua di Segamat. Belah petang gerak ke Batu Pahat lepak rumah Yana.
Raya kedua kat rumah besan di Batu Pahat, sedap masakan besan akak ni😊
pastu rumah adik ipar di Muar, dapat makan tomyam, paprik dan siakap tiga rasa memang heavenlah lepas jemu makan rendang dan ketupat😘
lepak, makan, pot pet😘
Barulah dapat ambik gambar family😍
cucu saudara duk Jay Bee, cucu beraya dengan beg frozen, gegirl memang camnilah kan, kecik kecik dah pandai bergaya
Atokkk..uwannn jom balik, dah penat aaa😊
Raya ke enam rumah kakak kat Taman Melati,
terima kasih kak long
Raqib nak usik Aryan, atok kena tengukkan
menikmati bihun goreng
pastu gi rumah geng satu kerja suami kat Selayang
peminat baju Mickey dan Minnie😍
Tetamu pertama adik lelaki raya tahun ni, datang pada hari Sabtu sebab masa tu free
kak long sekeluarga pun datang juga.
minggu ni ada orang kawin pulak
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG AKAK YANG SETIA.
Alhamdulillah meriah sangat beraya ziarah-menziarah ni
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidilfitri..
BalasPadamMaaf zahir batin
waalaikumussalam kakina
BalasPadamsinggah 10 syawal