OOO

Selasa, Ogos 01, 2017

Resepi Cekodok Pisang/Jemput Jemput Pisang

Assalamualaikum semua

Harga pisang mentah makin lama makin mahal, 1kg dah RM4.50.  Sebab tu banyak orang tanam pokok pisang, pencuri pisang yang dah tua pun ada gak.

Rakan fb pernah terfikir nak tebang pokok pisang pada esoknya, tapi bila bangun pagi pisang dah hilang, cuma tinggal pokoknya sahaja.


Kalau nak jadi bulat, kena gunakan tangan yer, tapi pastikan tangan dah bersih.  

Bahan-bahannya
  1. 10-12  biji pisang emas
  2. 600gram tepung gandum
  3. sedikit kelapa parut
  4. 1 sudu teh bikarbonat
  5. 1/2 sudu teh garam
  6. 2 sudu gula pasir/brown sugar
  7. Minyak masak untuk menggoreng
Cara menyediakan
  1. Lenyekkan pisang, garam, gula dan gula merah hingga hancur.
  2. Masukkan tepung, kelapa parut dan bikarbonat. Tuang air sedikit jika perlu. Kacau hingga adunan mesra.
  3. Biarkan adunan sekejap dalam 1/2 jam(30minit) tutup adunan. 
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana besar, bila minyak dah panas gunakan jari,jemput dan bulatkan sedikit masuk ke dalam minyak.
  5. Apabila warna jemput-jemput bertukar ke warna kegelapan. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
  6. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers