OOO

Jumaat, Ogos 25, 2017

Resepi Urap/Kerabu Pucuk Ubi Sedap

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Masa pergi ke pasar pagi dalam pukul 10 lebih, kebanyakan penjual dah mula berkemas nak balik.

Akak nak beli 1 ikat  pucuk ubi kat orang jual ikan keli, nak buat stok.  Bila nak beli si penjual bagi terus 3 ikat, kira sedekah sebab malas nak angkut balik.

1 ikat memang banyak, tak sebanyak penjual lagi yang jual, mungkin dari kebun sendiri.

Dah masak lemak, suami suruh cuba buat kerabu pucuk ubi.

Bahan-bahan
1 cekak pucuk ubi
4 batang kacang panjang-potong kecil
2 helai daun cekor-hiris halus-pilihan
1/2 cawan kelapa parut putih (kalau nak lebih tambah)

Tumbuk/kisar
Segenggam ikan bilis
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji cili merah
4 biji cili api
sedikit belacan-pilihan
sedikit garam dan gula

Cara Membuatnya:
Rebus pucuk ubi sampai lembut, toskan, perah air kemudian potong/hiris kecil.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
Masukkan kelapa, garam, gula dan kacau sebati baru di masukkan pucuk ubi, kacang panjang serta hirisan daun cekor.
Rasa dulu baru di padam api, bolehlah di hidang.

p/s boleh ajer nak guna daun pegaga atau kacang botol..tak payah rebus yer


1 ulasan:

  1. yang ni kena jemput kami datang rumah makan, confirm sedap

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...