OOO

Rabu, Ogos 16, 2017

Resepi Sotong Goreng Tepung

Assalammualaikum

Resepi ni memang akak selalu buat kalau goreng sotong. 

Bahan-bahan
500gm sotong-dibersihkan, potong dan tos
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
sedikit serbuk kari
sedikit serbuk lada hitam/sulah
1 biji telur-pukul sebentar (kalau tak cukup tambah lagi yer)
garam dan minyak yang banyak

Cara-caranya
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, lada sulah dan garam.
2. Celup sotong dengan telur yang telah dipukul.
3. Salut dengan tepung dan masukkan kedalam minyak yang panas.
4. Tunggu hingga kekuningan..bolehlah di angkat..sotong tak boleh lama..nanti keras kejung...
3. Hidangkan segera dengan cili sos ,makan panas-panas tu sebab kalau nak makan baru goreng
.

3 ulasan:

  1. uishhh favorite ni! makan dengan kuah cili..

    BalasPadam
  2. suka jugak masak sotong goreng tepung cmni. ok nak try.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers