OOO

Selasa, September 19, 2017

Al Fatihah Buat Arwah Abah

Assalamualaikum

Hari ini 19 September 2017 genaplah 5 tahun arwah abah pergi meninggalkan mak tersayang dan kami 4 beradik.

Abah yang banyak mengajar kami tentang hidup berdisplin, tak suka menangguh waktu, suka menepati janji dan berhempas pulas melakukan pelbagai kerja untuk membesarkan kami.

Walaupun abah garang, jika kami melakukan kesalahan kami akan di denda, kami tau sebenarnya abah hendak kami menjadi orang yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.
cucu sulung abah
Bila kami berjaya dalam pelajaran, dah tentu kami akan dapat hadiah wang, selalunya akak tenguk wayang dengan adik beradik.

Abah akan suruh mak masak sedap sedap bila hari jadi kami adik beradik. Abah tak lokek, abah banyak membantu kami semasa kami dalam kesusahan.

Terima kasih abah, jasamu tak akan terbalas oleh kami.


Hanya doa buat mengubat rindu kami semua, semoga Abah tenang disana...

“Ya Allah, Sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh bapaku Haji Harun bin Haji Md Derus"

Ya Allah ampuni dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, ampuni kesalahanya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan RahmatMu, wahai Tuhan yg Maha Pengasih

Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu. Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali.”

Al-Fatihah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...