OOO

Jumaat, September 15, 2017

CARA BUAT LEMPENG PISANG/AL FATIHAH ANAK ANAK SYURGA


Assalammualaikum semua

Kalau tenguk berita tentang pemergian anak anak syurga semalam memang mengalir air mata akak, kesiannya 😢

Bila baca di akbar online dan berita di tv, memang sayu, pilu bila lagi bertambah sayu. Walaupun kita bukan ibubapa atau saudara mara yang terlibat, tapi hati tak tertahan sehingga membuatkan air mata sentiasa tertumpah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Jasad mereka menyayat hati tapi roh-roh mereka berlari gembira menuju Allah SWT. Roh-roh mereka sedang memilih pintu syurga mana yang ingin dimasuki.
Lidah dibasahi ayat Allah sehari-sehari, 
amalan-amalan seharian yg tidak pernah tidak bertujukan keredhaan Allah SWT. Berbanggalah para ibubapa anak-anak solehin dan hentikan belasungkawa dan kesatlah air matamu kerana asbab usahamu utk memberikan bekalan terbaik utk anak-anak mu itu barangkali akan menarik kalian ke syurga. Rindu pasti rindu dgn kehilangan tapi kamu dah lakukan yg terbaik dan selebihnya adalah urusan Tuhan Yang Maha Agung. Anak2 syurga akan menanti di pintu syurga dgn senyuman Insha Allah 
Al- fatihah.. 



Kalau buat lempeng ni, yang makan cuma akak dan suami, anak anak tak minat.  Kenapa ek?

Kalau ada daun pisang, lagi naik bau dan rasanya, sejak dah tak ada pokok pisang, nak kena beli lah pulak kat pasar.

Bahan-bahannya
1 sisir  biji pisang emas  -  dibuang kulitnya & dilenyek 
3  camca besar susu pekat - boleh ganti dengan gula
1/2 cawan kelapa parut putih 
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan tepung gandum-agak agak

Cara- Caranya
  1. Lenyek pisang bersama susu pekat dan sedikit garam. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati, rehatkan sebentar. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali.
  3. Masukkan 3 sudu besar adunan lempeng, dan ratakan.
  4. Bila kelihatan garing di sekelilingnya...bolehlah terbalikkan lempeng tadi.
  5. Bila dah garing dan masak, bolehlah angkat dan hidangkan.

1 ulasan:

  1. Lempeng pisang..lamanya tak buat..nak buat tapi anak-anak tak berapa suka pisang..huhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers