OOO

Ahad, September 17, 2017

Awasi dan Bimbinglah Anak Anak Kesayangan Kita

Assalammualaikum

Akhirnya terungkailah kebenaran di sebalik kebakaran anak anak tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang telah mengorbankan  23 nyawa.

Pelakunya seramai 7 remaja yang berumur 11 hingga 21 yang umurnya lebih kurang sebaya dengan anak anak syurga yang terkorban.  Penyebabnya adalah dendam kerana ejekan di antara mereka.

Remaja yang di lahirkan sama keadaannya seperti kain putih tapi di besarkan dalam suasana dan keadaan yang berbeza melahirkan dua perwatakan yang berbeza.

Sungguh menyedihkan, luluh hati ibubapa yang membesarkan mereka bila terjadi keadaan sebegini.  Anak anak remaja yang sepatutnya bersekolah dalam usia sebegini terjebak dalam dunia dadah sehingga sanggup melakukan jenayah sekejam ini.

Adakah ini kerana ibubapa sibuk mencari rezeki di zaman yang serba mahal ini sehingga tiada masa untuk membimbing anak anak mereka?

Atau ibubapa terlampau memenangkan anak anak sehingga guru-guru tidak berani lagi memarahi dan mendenda anak anak kita.  

Banyak dah terjadi apabila guru mendenda anak murid, ibubapa akan melenting atau anak anak akan membalas dendam seperti mengores ataupun menanggal tayar kereta guru mereka.

Ibubapa semua, marilah kita sama sama awasi pergerakkan anak anak kita semuga menjadi anak anak yang berguna untuk agama dan bangsa.

Risaunya dengan generasi akan datang, mudah mudahan anak anak kita, kaum keluarga dan sahabat semua di jauhkan dari terjebak dalam masalah sosial sebegini.

Al fatihah. Anak-anak Syurga,
Kami merasakan kesakitan seketika,
Pergimu bersama kedukaan,
Tanpa sedar kau dihiasi perasaan gembira karena jaminan Syurga.

Al-Quran di dalam dakapanmu,
Mati yang menjemput bersama hafalanmu,
Berbahagialah wahai kesayangan,
Moga-moga cahaya ayat suci-Nya menghiasi kuburmu.

Kematian itu satu peringatan daripada Ilahi,
Diangkat ilmu tanpa henti,
Ramai manusia masih dalam kelalaian,
Terlupa tentang jasad yang akan disoal di sana nanti.

Tangisan ibu ayah makin meninggi,
Anaknya pergi meninggalkan bumi,
Ada jua yang mengukir senyuman,
Karena pasti janji Ilahi menanti di sana nanti.

Wahai adik-adik kesayanganku,
Damailah kamu bersama al-Quranmu,
Kami tangisi kepergianmu bersama sebuah senyuman,
Semoga Allah memberi khusnul khatimah dalam pengakhiran hidup aku dan kamu😊❤

-siput pink-

1 ulasan:

  1. Susah nak awasi anak-anak sekarang ni. Harap2 generasi akan datang janganlah ada lagi budak2 macam ni. Sedih sangat :(

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...