OOO

Selasa, September 12, 2017

CARA BUAT SAMBAL BELACAN SEDAP

Assalammualaikum semua

Setiap orang ada cara masing masing nak buat SAMBAL BELACAN SEDAP .😊

Akak ikut stail mak akak yang ajar yang memang dari dulu suka sangatlah buat sambal belacan, kalau ada buah bacang lagilah mak dan arwah abah suka.😍

Kalau arwah abah pulak, suka makan kulit limau kasturi tu sama dengan sambal belacan, kata dia baik untuk hilangkan bau ketiak yang bau asemm.

Kalau kisar memang kurang umphh, tumbuk keletek kelutung lagi sodap.😋

Sebenarnya payah nak budjet berapa banyak cili yang kita suka, ikutlah nak banyak mana kepedasan yang kita nak. Yang penting, rasa pedas, masam tu seimbang.😘

Bahan
6 biji cili merah
10 biji cili api
Belacan sebesar ibu jari-kena bakar baru dulu baru ada umphh
Gula dan garam
Jus limau kasturi secukupnya.(dalam 4 atau limau biji)




Cara-caranya

Masukkan cili merah, cili api bersama belacan, garam dan gula dalam batu tumbuk.
Tumbuk sehingga separuh lumat, janganlah lumat/halus sangat.
Pastu perah jus limau kasturi, terus keluar masuk dalam bekas bertutup.
Makan bersama lauk kari ataupun lauk apa apa saja

p/s ada gak yang buh aji no moto tau, ikutlah sape yang makan aji bolehlah buh

6 ulasan:

  1. SA pun mesti gabungkan cili merah dan cili api..dah tumbuk semua tu kaut masuk bekas..pas tu baki dalam lesung tu curah air panas skit..bancuh bersih bekas2 belacan dalam lesung tu..baru perah limau kasturi...erm sedapnyaaaa..lama x buat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo camtu pulak, masing masing ada caranya

      Padam
  2. assalamualaikum kakina...wah !! sedap ni...berselera bila mkn nanti...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers