OOO

Jumaat, September 08, 2017

CARA KELUARKAN DUIT GOOGLE ADSENSE MELALUI TRANSFER BANK MUDAH DAN CEPAT

Alhamdulliah dah selamat dah duit google adsense masuk dalam akaun bank.

Happy sesangat, bila buat blog dapat jana pendapatan walaupun sikit sahaja. Setiap ringgit yang kita terima haruslah bersyukur kepadanya.

Puas gak baca kat blog blog macam mana nak keluarkan duit, tenguk kebaikkan dan keburukan kalau  transfer bank/wired transfer dan cara guna Western Union.


Kat Payments Settings mula mula akak nak guna cara keluar duit  guna Western Union.  Memikirkan kena keluar ke bank, pastu isi borang rasa macam lecehlah pulak.

Setiap kali kita tukar Payments Settings kita akan dapat email, janganlah risau.

Kelebihan Pembayaran Adsense Ke Akaun Bank/Wired Transfer


Mudah sebab tak payah nak keluar dari rumah.

Tunggu ajer duit masuk dalam akaun sambil teruskan update blog.

Bagi akak cara ini lebih senang, tak payah nak drive pastu nak isi borang, 
income Adsense terus ke akaun bank secara automatik bila setiap kali dah cukup 100USD

Tapi kalau tiap bulan dapat ribu riban, takut pulak lembaga hasil dalam negeri inti.  Maklumlah mereka ada akses nak tenguk akaun bank setiap warganegara Malaysia.
Cara untuk keluarkan income Adsense terus ke akaun bank secara automatik
Login akaun Adsense
Klik pada ikon dan pilih Settings.
Kat Menu Sidebar, klik kat Payment settings
Dalam ruangan "Available forms of payment", klik Add new form of payment.
Pilih daripada butang yang ada iaitu "Transfer to bank account" dan kemudian klik Continue.
Masukkan butiran akaun bank anda iaitu nombor akaun, nama bank serta kod swift. 
Selepas itu klik Confirm and continue.

Kalau nak tau Swift Code Bank di Malaysia kena pegi kat link
https://www.theswiftcodes.com/malaysia/

Kalau tak faham bolehlah google

Macam akak guna Maybank bila Adsense dah lulus, kat bawah dashboard income akan di beritau cara pembayaran yang kita pilih.

Pembayaran menerusi cara ini tidak mengambil masa yang lama, bergantung pada akaun bank kita.

Ini pendapat akaklah, masing masing ada pendapat sendiri.

5 ulasan:

  1. bila tarikh google update ya ?
    Youtube ada adsense.. nak buat utk blog asyik kena reject jee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pegi kat dashboard adsense memang ada update.
      Jangan lupa berusaha

      Padam
  2. Kena tuition dgn Kak Ina ni.. Moga sentiasa dimurahkan rezeki & keep blogging.. Stay sweet akak manis..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...