OOO

Isnin, November 20, 2017

RESEPI IKAN PARI BAKAR SEDAP


Assalammualaikum­čśŐ
Sekali sekali layan ikan bakar atas api dapur, bila dah buntu nak masak apa.­čśŹ

Bahan-bahan utama
  • 2 keping ikan pari dipotong 2
Bahan-bahan lain
  • 10 sudu makan cili kisar
  • 6 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1  inci kunyit hidup
  • 1 1/2 sudu makan gula/gula melaka
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus-untuk diperah diatas ikan setelah dibakar..

­čĹëuntuk cicah kicap akak guna kicap cap kipas udang, hiris bawang besar/bawang kecil, cili api/cili hidup pastu perah sedikit jus limau kasturi.

Cara-caranya

1. Basuh ikan pari dan bilas dalam air asam jawa dan toskan. 
2. Lumur garam dan serbuk kunyit.
 
3. Kisar semua bahan bertanda *.
4. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
5. Masukkan gula , jus asam jawa dan garam.
6. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
 
7. Bila nak bakar baru di lumur diatas ikan.

8. Lapis kuali tak melekat dengan aluminium foil/daun pisang/daun kunyit pastu bakar atas dapur. Bila dah masak bolehlah di hidangkan

­čĹëNak sedap guna bara arang..lagi mengancam

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers