OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat ikan pari bakar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat ikan pari bakar. Papar semua catatan

Isnin, November 20, 2017

RESEPI IKAN PARI BAKAR SEDAP


Assalammualaikum😊
Sekali sekali layan ikan bakar atas api dapur, bila dah buntu nak masak apa.😍

Bahan-bahan utama
  • 2 keping ikan pari dipotong 2
Bahan-bahan lain
  • 10 sudu makan cili kisar
  • 6 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1  inci kunyit hidup
  • 1 1/2 sudu makan gula/gula melaka
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus-untuk diperah diatas ikan setelah dibakar..

👉untuk cicah kicap akak guna kicap cap kipas udang, hiris bawang besar/bawang kecil, cili api/cili hidup pastu perah sedikit jus limau kasturi.

Cara-caranya

1. Basuh ikan pari dan bilas dalam air asam jawa dan toskan. 
2. Lumur garam dan serbuk kunyit.
 
3. Kisar semua bahan bertanda *.
4. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
5. Masukkan gula , jus asam jawa dan garam.
6. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
 
7. Bila nak bakar baru di lumur diatas ikan.

8. Lapis kuali tak melekat dengan aluminium foil/daun pisang/daun kunyit pastu bakar atas dapur. Bila dah masak bolehlah di hidangkan

👉Nak sedap guna bara arang..lagi mengancam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...