OOO

Rabu, November 22, 2017

RESEPI SERAWA DURIAN AKA KUAH DURIAN

Assalammualaikum

Walaupun musim durian kampung di Perak, harganya  masih mahal.  1 kilo dekat area rumah akak memang dalam 15 hinggit 1 kilo.  Dah tak ada dah di jual dalam bakul atau longgok macam dulu.

Kalau musang king, udang merah lagilah haru di buatnya..mahal berdentum.


Bahan-bahan
  • 10 ulas buah durian-suka hatilah kalau nak tambah lagi
  • 2 cawan santan pekat
  • 1  cawan air
  • 3 helai daun pandan-di siat dan di simpul
  • 2 sudu gula melaka
  • secubit garam
  • 2-3 sudu makan gula merah/gula pasir

Cara-cara
1.  Masukkan durian ke dalam periuk bersama-sama semua bahan lain.
2.  Masak dengan api sederhana dengan mengacaunya selalau sehingga mendidih. Kalau kuah agak pekat boleh di campurkan sedikit air.
3.  Biarkan dalam 15 minit dan boleh di tutup api.
4.  Bolehlah dihidangkan bersama roti, pulut atau roti jala.

1 ulasan:

  1. Jangan kata serawa durian..buah durian pun x dapat makan lagi kak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers