OOO

Jumaat, November 17, 2017

TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR

Assalammualaikum

Kuala Lumpur tempat akak di lahirkan, bersekolah dan bekerja sehingga berkawin sehingga mendapat 5 orang anak memang di sinilah tempatnya.


Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan ialah ibunegara dan bandar terbesar di Malaysia.  Tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan yang paling pest membangun dari segi ekonomi dan juga bilangan penduduk.

SEJARAH KUALA LUMPUR

Bagaimana Kuala Lumpur mendapat namanya adalah satu misteri yang masih tidak dapat diselesaikan hari ini. Namun terdapat 3 teori tentang bagaimana Kuala Lumpur mendapat namanya.

Yang pertama adalah bahawa Kuala Lumpur mendapat namanya daripada “Lampang” perkataan yang bermaksud “hutan berlumpur ditunaikan”. Kuala Lumpur mula ditubuhkan apabila tanah paya sebelah sungai Gombak dan Klang simpang telah dibersihkan, dan ia menjadi sebagai Kuala Lampa, dan kemudian sebagai Kuala Lumpur.

Versi kedua dijelaskan oleh lokasi di Kuala Lumpur di persimpangan antara Sungai Gombak dan Klang Sungei. Dalam bahasa Melayu, Kuala bermaksud persimpangan antara 2 sungai, dan Lumpur bermakna berlumpur. Oleh itu, Kuala Lumpur bermaksud “simpang sungai berlumpur.”
Selaras dengan bahasa Melayu, titik di mana aliran yang lebih kecil menyertai satu besar biasanya dipanggil Kuala aliran lebih kecil. Jika begitu, Kuala Lumpur berhak harus bernama Kuala Gombak.

Versi ketiga adalah bahawa tempat asalnya dipanggil Lumpur Pengkalan atau “jeti berlumpur.” Klang pada asalnya dikenali sebagai Pengkalan Batu atau jeti batu, dan jeti hulu dinamakan Pengkalan Lumpur untuk membezakan antara kedua-dua jeti. Penjelasan menganggap bahawa Cina kemudian dipendekkan nama asal untuk Kalan Lumpur dan kemudian ke Kuala Lumpur

Berkembang pesat dengan pelbagai tarikan yang mempesonakan, Kuala Lumpur kini telah menjadi salah satu tempat pelancungan yang patut di terokai.

Rasai pengalaman yang pasti menyeronokkan dan pelbagai citarasa yang patut di cuba apabila telah menjejakkan kaki ke sini.

Terkenal dengan berbilang kaum yang menghuni  di Kuala Lumpur dah tentulah  pelbagai budaya ada di sini. Selain dari itu banyak tempat tempat yang menarik yang patut anda kunjungi. 

Antara senarai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati dan merupakan Kuala Lumpur tourist attractions ialah

MASJID JAMEK


Dah tentulah tempat pertama yang patut di lawati ialah Masjid Jamek yang terletak di Jalan Tun Perak.  Masjid ini telah di bina oleh pedagang pedagang Islam yang berasal dari India dan telah menjadi mercu tanda Kuala Lumpur.  


Terletak di persimpangan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak telah di bina pada tahun 1909 Masjid Jamek adalah di anntara salah satu masjid yang tertua di Kuala Lumpur. 

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD


Tak jauh dari Masjid Jamek ialah Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya  Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. 

Berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad ialah
Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). 

Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary's Anglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.

Yang menariknya di bawah dataran merdeka ada underground market terletak di bawah tiang bendera.

Disini ada di jual pelbagai cenderahati, coklat dan kedai makan.  Suasana kat situ macam kat shopping mall yang luas dan bersih.  Medan seleranya bersih, cantik dan menarik dah tentulah berhawa dingin, tentu sesiapa yang datang ke sini akan merasa selesa.

MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515  meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara KL adalah menara telekomunikasi tertinggi ketujuh di dunia (selepas Tokyo Skytree di Jepun, Menara Canton di China, Menara CN di Kanada, Menara Ostankino di Rusia, Oriental Pearl Tower di China, dan Menara Milad di Iran).

Yang menariknya kita boleh makan di sini dengan pasangan ataupun sahabat dengan menikmati pemandangan yang menarik sekitar Kuala Lumpur  di waktu siang ataupun malam.
Best gak ek bila dapat menikmati makan malam romantik dengan pelbagai juadah yang enak secara buffet bersama pasangan kita di sini.

kita boleh juga berpeluang jalan jalan di sekitar Sky Deck sambil posing posing dan menikmati pemandangan yang menarik


Tarikan terbaru di sini ialah Sky Box yang terletak di Sky Deck iaitu di pelantar terbuka. Kat sini kita boleh berdiri dalam kotak kaca pada aras ketinggian 300 meter dari aras tanah, sambil boleh menikmati pemandangan sekitar ibukota pada skala 360 darjah.  

Gayat atau tidak, pastikan kita merasai pengalaman di sini.

Tentu anak anak suka bila ke KL Tower
Mini Zoo sebab ada pelbagai binatang seperti Meerkats, Bat-Eared Fox, Racoons, Falabella  sambil menyentuh dan memberi makan binatang di sini.  Jangan lupa ambil gambar yer.

Rumah Terbalik Kuala Lumpur


Ada salah satu lagi tarikan menarik yang ada di sini, Rumah terbalik yang di buka pada bulan Jun 2017 untuk menarik lagi agar lebih ramai pelancung dari dalam dan luar negara datang ke Menara Kuala Lumpur. 

Kat sini kita boleh mengambil gambar dari pelbagai sudut yang menarik tau. Tentu banyak kenangan bila berada di Menara Kuala Lumpur.


KLCC AQUARIA



Seperti namanya, tempat yang dipanggil sebagai KLCC Aquaria ini berada di KLCC. Ia merupakan tempat membela pelbagai jenis ikan. Para pengunjung akan berasa seperti berada di dalam lautan. Ada juga pertunjukkan ikan duyung di sini. Luasnya akuarium di KLCC Aquaria ini ialah sehingga 60,000 kaki persegi.


MENARA BERKEMBAR PETRONAS 


Kedua-dua menara di Menara Berkembar Petronas ini setinggi 88 tingkat yang bermaksud 44 tingkat setiap satu menara. Ketinggian yang dicatatkan ialah 58.4 meter dan tingkat 41 dan 42 menghubungkan antara satu sama lain.
bila dah sampai kat sini, jangan lupa melawat dan melalui jejantas tapi kena beli tiket dulu, cuma di buka pada siang hari.  Berbaloi jika kita dapat ambil gambar kat sini.
Kalau lapar, kat dalam Menara Berkembar Petronas ada medan selera dan restoran yang menyajikan pelbagai makanan tempatan dan makanan pelbagai ikut citarasa kita. 
Bila dah kenyang boleh jalan jalan sambil membeli belah pelbagai jenis barangan berjenama di Suria KLCC dan butik butik kat situ.

PETROSAINS
PetroSains ini sebenarnya berada di tingkat 4 Suria KLCC. Ia sebenarnya adalah sebuah muzium yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden.





Petrosains menawarkan tempat yang sempurna bagi pengunjung terutama kanak-kanak mengenai sains dan teknologi.  Pengunjung dapat belajar mengenai pembabitan Malaysia di dalam industri minyak.

Para pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman sehingga menjangkau beribu-ribu tahun dahulu, berada di pelantar minyak, berada di angkasa, berada di udara, berada di lautan, berada di dalam tanah, menyertai pelbagai aktiviti yang mengundang hadiah serta dinosaur.

SUNWAY LAGOON


Setelah puas menikmati pelbagai tarikan di pusat bandar Kuala Lumpur kita pergi pula berjimba jimba di Sunway Lagoon.


Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Taman air Sunway Lagoon (Water Park) dan Taman air Sunway Lagoon (Water Park).

Taman Tema Air
Taman air Sunway Lagoon (Water Park) terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu Waters of Africa di kawasan utara dan Surf Beach di kawasan tengah. 

Waters of Africa bercirikan tiga jenis gelongsor air dalam kawasan bermotif Afrika, iaitu "Congo Challenge" (gelongsor lumba berlorong enam), "Cameroon Climb" (dua gelongsor ulang-alik), African Pythons (tiga batang tiub berliku), ketiga-tiganya dinaiki dari cenuram buatan di bahagian barat laut taman.

Selain itu, kawasan "Rain Fortress" dan "Kalahari Kids" yang dibuka pada tahun 2005, merupakan tempat bermain air khas untuk kanak-kanak yang terletak di timur kawasan tiga gelongsor air tersebut, tidak lupa juga kolam renang "Lake Kariba" yang terletak di bahagian timur laut taman, berhampiran tangga keluar masuk dari celah Sunway Hotel.

Di tengah-tengah taman air terletaknya "Surf Beach" (dahulunya "Jeffrey's Bay"), sebuah kawasan pantai buatan atas tasik yang dikhususkan untuk kegiatan luncur air  dalam sempadan tertentu. Ombak buatan dihasilkan dari sebuah penjana gergasi dari latar gunung berapi buatan. Surf Beach dihebohkan sebagai "Pantai Luncur Air Tertutup Terbesar di Dunia" yang juga mempunyai "Penjana Ombak Terbesar di Dunia.

Kegiatan luncur air terhad kepada kawasan berjubin biru muda yang ditutupi oleh dua batang jambatan konkrit yang menyambung kawasan daratan dengan gunung berapi; kawasan tasik yang selebihnya adalah kawasan larangan berenang. Selain meluncur air, tempat ini juga sesuai untuk berenang atau bermain air (di tepi pantai sahaja), ataupun mengadakan acara hiburan.

Yang terbaru, rasai keseronokkan yang tidak terhingga dengan mencuba dua permainan baru iaitu Vuvuzela ( Gelongsor air terbesar di dunia)dan Waterplex D pertama seumpamanya di dunia.

Taman Tema Hiburan
Kawasan taman ria tertumpu di bahagian barat laut Sunway Lagoon, dan terbahagi kepada Wild Wild West dan World of Adventure.

Wild Wild West bermotif zaman kegemilangan Amerika Syarikat selatan abad ke-19, menampilkan tunggangan kering seperti "Buffalo Bill Coaster", "Chief Crazy Horse Carousel" dan "Butch Cassidy's Trail", ditambah lagi dengan tunggangan berair iaitu "Niagara Falls Flume Ride", "Colorado Splash", dan "Grand Canyon River Rapids".

World of Adventure pula hanya terdiri daripada tunggangan kering, seperti roda ferris  "Wagon Wheel", roller coaster, "Lost City of Gold", karusel "Apache Pots" dan dua buah buaian gergasi 360 darjah "Tomahawk" dan "Pirate's Revenge", tidak lupa juga kawasan pameran "The Cave" yang terletaknya kawasan simpanan harimau iaitu "Tiger Adventure". 

Di situ juga adanya satu hujung jambatan gantung berukuran 428 meter (1,404 ka) yang menyeberangi seluruh tasik dari World of Adventure, melalui gunung berapi Surf Beach hingga kawasan Extreme Park di bahagian tenggara Sunway Lagoon.
Manakala bagi 'World of  Adventure', disini pengunjung yang sukakan aksi yang menggerunkan,  korang bolehlah merasa kehebatan 'Tomahawk' dimana ia bawa pengunjung  dengan 360 darjah berulang2 kali. 


Pengunjung juga boleh berjalan2 di  'Pirates Revenge' iaitu Pirate ship  yang pertama di Malaysia yang berpusing sehingga 360 darjah di  '360-degree Rotating Pirate Ship' ataupun berjalan dengan melihat  keindahan yang ada daripada 'Worlds Longest Pedestrian Suspension  Bridge' yang mempunyai kepanjangan sebanyak 428 meter.

Taman Tema Ekstrem

Extreme Park terletak di bahagian tenggara Sunway Lagoon, dilengkapi dengan kemudahan ATV,  litar lumba go-kart, lapangan Paintball,"Wall Climb", "Flying Fox" dan "Power Jump Bungee Trampoline". Tunggangan bersantai juga disediakan dalam bentuk kayak, perahu atau "Swan Ride" di tasik.

Taman Tema Haiwan Liar

Dengan pelbagai jenis  spesis iaitu melebihi 150 spesis jenis haiwan eksotik merentasi pelbagai  negara, menunjukkan kecantikan dan kelebihan setiap haiwan yang ada dan  pengunjung juga boleh mempelajari mengenai haiwan2 yang ada di 'Malaysias first-ever fully interactive and  educational animal-themed attraction'.


Taman Tema Jeritan

Disini bagi adalah tempat  bagi yang sukakan suasana yang seram dan boleh mencuba pelbagai  aktiviti yang boleh mengejutkan diri sendiri dengan pelbagai jenis  spesis yang seram di situ.

JOM MEMBELI BELAH

Selain dari tu, kat Kuala Lumpur juga di kenali sebagai syurga membeli belah dengan kedai-kedai dan butik berjenama yang terbaik untuk pakaian, kasut, aksesori dan banyak lagi. 

PAVILLION



Dibuka pada 2007, Pavilion merupakan pusat membeli-belah mewah yang bertempat di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Dengan lebih 450 deretan kedai-kedai di yang terdapat di sekitar bangunan setinggi 7 tingkat tersebut, Pavilion menawarkan aliran fesyen yang terkini dengan jenama-jenama eksklusif dunia seperti Prada, Versace dan Gucci. 

Pavilion juga merupakan salah satu pusat membeli-belah yang terkenal dan memenangi Pusat Peruncitan Terbaik Di Dunia (2009) di Anugerah FIABCI. Dilengkapi dengan pawagam, medan selera, spa dan pusat kecantikan, Pavilion bukan hanya sekadar pusat membeli-belah, malahan juga tempat hiburan.

MID VALLEY MEGAMALL

Menempatkan ratusan lot kedai dengan pelbagai pilihan barangan berjenama dalam dan luar negara. Shopping mall ini memang sangat besar dan sentiasa tidak lekang dengan kunjungan orang ramai terutamanya di hujung minggu.

Kalau anda kesini, apa kata anda cuba ke tingkat atas sekali untuk ke food court dan mencuba pelbagai jenis hidangan makanan yang ada di Mid Valley Megamall ini. Kalau penat membeli belah boleh juga anda meluangkan masa bermain bowling atau menonton wayang.

SURIA KLCC

Suria KLCC adalah pusat membeli-belah yang popular di kalangan masyarakat tempatan dan pelancong dari luar. Ia terletak di kaki Menara Berkembar Petronas.
Suria KLCC menawarkan banyak lot kedai yang majoritinya menawarkan produk barangan berjenama. Di sini juga terdapat medan selera yang menarik serta pilihan restoran yang sedap-sedap. Dan lebih menarik, ianya hanya bersebelahan dengan KLCC park yang sesuai untuk anda lepak-lepak.

Dengan rangkaian pusat membeli-belah yang luas, pembeli-pembeli tempatan dan pengunjung-pengunjung mempunyai banyak pilihan dan mempunyai pengalaman membeli-belah yang pelbagai di Kuala Lumpur.

Apa macam, best tak?

Menarik bukan pengalaman kami di Kuala Lumpur, banyak lagi tempat-tempat menarik yang perlu di jelajahi antaran Taman Burung, Pasar Seni dan Batu Caves.

"Jom checkout infographic mengenai unseen malaysia di https://www.traveloka.com

Jom bercuti dengan traveloka

3 ulasan:

  1. waaa..mmg best..selalu p kl...p ikea jaaa

    BalasPadam
  2. SA yang duk KL ni pun x habis ronda semua tempat lagi....memang banyak sebenarnya tempat menarik

    BalasPadam
  3. Kl kampung saya
    banyak tempat menarik sebenarnya
    sebab ibu negara kan

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers