OOO

Selasa, Disember 19, 2017

AYAM MASAK HALIA ALA THAI

Assalamualaikum 

Hari ni makan bubur nasi atas permintaan suami.
Untuk lawannya akak buat jer ayam goreng halia ala thai, sebab di panggil sebegitu kerana menggunakan akar dan daun ketumbar serta sos ikan.

Bahan-bahan
4 ulas bawang putih-hiris nipis
2 cm halia-hiris halus memanjang
200 gm isi ayam-potong kecil
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
5 biji cili api-hiris
1 batang daun ketumbar-hiris halus
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa-jika perlu
Sedikit minyak













Cara menyediakannya
Panaskan minyak. Masukkan hirisan bawang putih, cili api dan ayam.
Bila ayam berubah warna, masukkan pula sos tiram, sos ikan dan sedikit lada hitam.
Masukkan sedikit air dan biarkan sekejap, baru di masukkan air bancuhan tepung jagung bersama hirisan bawang besar.
Biarkan sebentar, rasa jika perlukan garam kemudian padam api.
Angkat dan tabur dengan daun ketumbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers