OOO

Selasa, Januari 30, 2018

CARA BUAT SALAD TEMBIKAI/WATERMELON SALAD

Assalamualaikum semua

Wah besok cuti ek, dapatlah berehat sambil memasak untuk keluarga yang sedap kan, sekali sekali ke dapur bolehlah layan tekak terutama anak-anak.

Masa tinggal di Gombak dan ambil Ira yang sekolah kat Rawang selama 5 tahun,  kalau cuti Thaipusam memang kena elaklah jalan kat Batu Caves.

Kalau idak, hadaplah jem, pernah 2 atau 3 kali elak jalan situ, tapi terperangkap juga.

Guna Jalan Kuching, masuk ke Jalan Ipoh pun sama gak, terperangkap kat area jalan nak pegi ke Segambut.

Kalau guna jalan dalam menghala ke Seri Gombak, ikut jalan rumah panjang masa tu dari Pasar Borong Selayang kira ok sebab kat situ kereta tak banyak masa tu.

 Sekarang ni perumahan baru dah banyak, ambik masa gak bila jalan kat situ,

Nak buat macam mana, duk kat Malaysia kena lah hormati budaya lain lain kaum kan.

Jomlah layan salad tembikai ni, anak dan suami suka, anak anak hairan bin ajaib, tak nak mereka nak merasa.  Biasalah tekak anak anak ni, benda pelik mereka tak gemar.

Bahan-bahannya
1 cawan tembikai-potong kuib
1/2 biji bawang besar-hiris halus
1/2 cawan jus limau
2 sudu makan madu
1 sudu besar minyak zaitun
Daun salad-carik/potong kecil
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Cara-caranya
Campurkan jus limau, madu dan minyak zaitun sehingga sebati.
Campurkan daun salad, tembikai dan bawang besar dalam bekas besar.
Masukkan campuran tadi dan gaul sehingga sebati.
Masukkan juga garam dan serbuk lada hitam untuk perasa.
Hidangkan sejuk.


Cheap Offers: 

1 ulasan:

  1. Tq. Resepi. Selalu saya telan terus tembikai tu.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers