OOO

Isnin, Januari 29, 2018

RESEPI NASI AYAM THAI VIRAL


Assalamualaikum semua


Ketinggalan ketapi betullah akak ni, orang dah sibuk masak nasi ayam thai yang viral dari tahun lepas, akak baru ternampak resepi kat facebook Kak Liza.

Bila tenguk kat fb yang lain ada pelbagai cara nak membuatnya.  Akak ambil resepi yang ni.

Yang membuatkan kelainan kerana air rebusan ayam mengguna akar ketumbar, manakala sosnya menggunakan sos cili thai yang di campur dengan hirisan cili api, kicap, jus limau dan daun ketumbar di campur pula dengan air rebusan ayam.

Tak berani nak letak banyak banyak cili api sebab kami sekeluarga tak kuat pedas, kalau yang nak pedas boleh ajer buh banyak banyak.

Ada resepi yang letak gula melaka/palm sugar/gula nisan.  Biasalah resepi ada pelbagai bahan, ikut hati nak pilih yang mana

Oleh sebab kat rumah akak ni kurang kalau ayam rebus ajer, akak goreng sekejap perap dengan kicap dan sos tiram. Kalau sape yang sukakan makanan sehat bolehlah makan yang rebus tu ajer.

Ada resepi letak ayam rebus bersama beras yang di masak...ala macam nasi beriani tu.  Terpulanglah pada selera masing-masing.

Buat gak sup sebab kalau kering tak ada kuah, anak anak kurang gemar.


Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 basuh dan bersihkan
4 pokok akar daun ketumbar
1 inci halia (Dihiris)
1 batang serai (Diketuk)
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Garam secukup rasa
4 cawan beras basmati ( Direndam 30 minit dan tus)

Bahan Sos Cili Pedas
1/2 cawan sos cili thai
1 sudu kicap pekat
1 sudu besar perahan jus limau kasturi
1/2 air rebusan ayam
10 biji cili api merah )
2 biji cili merah )Dicincang halus
Daun ketumbar )
Bahan Sayur
Daun Salad
Tomato
Timun

Cara Membuat
1. Dalam periuk yang bersesuaian masukkan ayam bersama akar ketumbar, hirisan halia, serai, kiub ayam dan garam. Masak sehingga mendidih dan ayam lembut.
2. Keluarkan ayam dan ambil air rebusan sama banyak dengan beras dan masukkan ke dalam periuk letrik. Masak saperti nasi biasa.
3. Didihkan lebihan air rebusan ayam ditambahkan sedikit hirisan daun ketumbar untuk sup.
4. Gaul sebati bahan cili sos.
5. Hidangkan nasi bersama ayam yang direbus, cili sos pedas, sayuran dan sup.

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum kak ina,
    saya pon baru perasan org start share kat fb hari ni.
    saya lagi lambat hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...