OOO

Khamis, Januari 25, 2018

SOTONG PAPRIK MUDAH

Assalamualaikum semua

Bila tak ke pasar, cuma guna apa yang ada dalam peti sejuk.  Janji dapat masak untuk keluarga tersayang.  Semua sayuran yang ada dah habis cuma da capsicum ajer.

Bahan:- (dipotong kecil) 
  • 10 ekor sotong bersihkan, potong kecil 
  • capsicum-potong kecil

Bahan Sos (buat 1/2 sahaja)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai - di titik 
  • 3 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 5 biji cili padi - ketuk
  • 3 biji bawang kecil-tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • sedikit air
  • 3 helai daun purut-disiat-siat
  • garam secukup rasa
  • minyak
Cara Memasak 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kecil, bawang putih dan serai hingga wangi. 
2.  Bila dah wangi masukkan sotong bersamasukan kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Masukkan air. 
3. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Kemudian masukkan capsicum.
4. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut dan sedikit garam dan juga sotong.
5. Rasa dulu barulah dipadamkan api dan tuangkan jus limau kasturi setelah api dipadamkan dan kacau sebati.
6. Barulah dihidangkan panas-panas. 

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers